Monday, 5 December 2016

Aku seorang Kpopper

Masa zaman remaja, aku juga pernah terjebak dengan aktiviti-aktivi yang tidak berapa nak sihat seperti meminati artis Korea. Aku start mengenali Kpop masa tingkatan 3, lepas PMR to be specificed. Masa tu memang dah tak belajar, jadi objektif utama pelajar tingkatan 3 pergi sekolah hanya semata-mata nak online Facebook dan menonton video di Youtube. Masa tu, Facebook tengah nak up la. Semua orang berlumba-lumba sign up FB dan berusaha untuk menambahkan kenalan di FB. Dikira satu pencapaian yang hebat la bagi seorang pelajar yang masih menunggu result PMR tak kunjung tiba mempunyai ribuan kawan di FB. Zaman ni la zaman semua benda nak post kat FB, zaman gila likes, zaman guna bahasa rempit huhu miz uolls my fwenzz ;')

Berbalik kepada hikayat aku seorang Kpopper, aku mula berkecimpung (ceh) dalam dunia Kpop masa tengok video music Super Junior bertajuk Sorry-sorry. Masa mula-mula aku tengok, aku mengutuk sekeras-kerasnya dalam hati, "Amende la lelaki menari terhegeh-hegeh gini, pondan!". Bila tengok video Girls Generation, perasaan meluat aku semakin membarah. Dasar artis perempuan Korea gedik!!! (Gittew kan ittew emosi banyak tanda seru). Orang kata kalau jangan terlalu membenci, kelak benci bertukar suka. Itulah yang berlaku kepada seorang Nazifa, aku mula berjinak menonton drama Korea. Drama Korea pertama yang aku tengok, ialah...hmm, lupa tajuk apa. Tapi hero dalam tu hensem kot walaupun heroin hmm okaylah (cubaan menahan diri dari mengutuk). Pada masa yang sama, aku turut men-copy video Super Junior dan artis Kpop yang lain. Lagu Sorry-sorry yang aku benci pada awalnya tanpa disedari menjadi zikir harian aku. Setiap kali ke sekolah, mesti ada drama baru yang aku ambil dari kawan aku. Sampai satu tahap aku tak boleh kalau tak tengok drama Korea. Drama Korea dah macam oksigen bagi aku, tanpanya aku lemah. Lemah tahu! Perkara ini berlarutan sehingga aku tingkatan 4. Masa tingkatan 4 aku tak tinggal di asrama, jadi hampir setiap kali ada masa terbuang aku akan tengok drama Korea. Sampai mak aku dah membebel, "Haa makan la Korea tu sampai puas". Teruknya aku sampai makanan ruji dari nasi bertukar kepada Korea :(

Walaupun aku tahu banyak unsur yang negatif terkandung di dalam seketul Kpop, aku tetap cuba mencari sesuatu yang positif tentang Kpop seperti artis-artisnya yang cantik dan hensem membuktikan kehebatan Allah menciptakan makhluknya. Gittew kan gigih kite berfikiran positif :'). Apabila kepada gaya pemakaian mereka yang mendedahkan aurat dan sekali-sekala menampilkan unsur illuminati, aku tanpa henti mengutuk perbuatan tersebut di dalam hati dan keesokkanya ulang lagi video tersebut walaupun dah kutuk sekeras-keras hari ni. Kecenderungan aku kepada Kpop semakin berkurang bila aku masuk asasi (rasanya) sebab aku dah mempunyai komitmen yang menghalang aku dari menonton drama dan video Korea. Lagipun lambakan group baru yang ditubuhkan bertemakan konsep yang sama membuatkan aku semakin bosan. Konsepnya ialah rupa, menyanyi dan menari. Ada juga sekali sekala aku menonton  Running Man dan drama Korea, itu pun banyak skip. Benda-benda yang berkaitan Kpop pun aku perlahan-lahan aku padam dari peranti (kahkah). Yang masih tinggal dalam memori dan ingatan aku juga secara perlahan terhapus dengan sendiri.

Baru-baru ini, laju di timeline twitter aku tentang satu award (lupa award apa) yang berkaitan dengan Kpop ni la haa. Sejenak aku terfikir, masih bertahan lagi rupanya industri hiburan Kpop ni walaupun benda sama je. Dan apabila melihat gadis-gadis 20 an dan ke atas masih tergila-gilakan artis Kpop, aku mula bermonolog sendirian berbaur nada keinsafan, "Beginikah aku dahulu?" hehe monolog dalam bahasa keyel :'). Jadi sesekali aku cuma memahami kerana aku juga seperti dahulu, bahkan lagi teruk, dahlah minat Kpop, Justin Bieber pun minat gila-gila jugak masa tu sampai adik aku terpengaruh sekali. Memang lagu Korea dan lagu JB jadi amalan harian aku lah pendek kata. #SisTakIngatAkhirat :(

Riwayat Aku seorang Kpopper berakhir dengan begitu indah, sekarang aku dah jadi ex-Kpopper kahkah. Tapi aku takde la anti sangat, tengok je drama Korea kalau ada depan mata. Tapi kalau tiada, tiada pula hamba tercari-cari. #SisBusySekarang

No comments: