Wednesday, 18 May 2016

Pulau Perhentian Part II

15 May 2016 (Ahad)

Lepas solat subuh, aku berseorangan berkeliaran di tepi pantai tengok sunrise. Dah sebab pagi semalam tu tak sempat tengok sebab tertidur hmm. Biasalah orang duk tepi pantai, mestilah jiwang-jiwang sikit. Gigih tau aku duk berjiwang kat sini sambil "Ku ukir nama kita berdua.. di sini syurga kita" kahkah mohon abaikan part ni.


Lama tu, Kak Husna panggil nak pergi hiking ke kincir angin la pulak kita! Takdelah hiking sangat, jalan naik bukit gak la tapinya. Rileks ja pakai selipar jepun, nasib baik tak putus ja selipar jepun adik aku ni. Aku rasa dalam setengah jam jugaklah nak sampai sana. Sampai-sampai tu, wahhhh cantiknya pemandangan dari atas! Masalahnya, cantik tahap mana pun, kalau dah mengantuk tu mengantuk jugak. Aku siap baring kat pondok tu pejam mata, nasib baik tak tertidur je. Kalau tertidur ni, ada la peratusan nak kena tinggal, lepas tu terus menetap kat pulau ni, kahwin dengan tarzan dan hidup bahagia selamanya. Amboi kuatnya berhalusinasi hewhew. Tapi ana tahu, sahabat-sahabat ana tak mungkin tinggalkan ana :')

Pemandangan dari atas

Nampak tu kincir angin? kalau tak nampak, ayokk taktau~

Gigih tu turun, nak naik balik tu.. ya Tuhan apakah dosaku..

Haaa nampak tu tangga dia, dah macam tembok besar china dah aku tengok
Kat sana, ada tangga. 300+ anak tangga jeee kawan-kawan sekalian. Turun boleh lagi, nak naik balik tu ya Tuhan azabnya. Nasib baik tak turun habis sampai bawah, kalau tak ada jugak yang mengesot naik tangga. Kalau aku pun tak larat, aku taktau la kalau Anis pergi jugak. Mesti tak naik-naik dah ni haha! Ceh, banyak kali gak sebut nama Anis kat sana, harap beliau banggalah sebab nama beliau dah sampai Pulau Perhentian, cuma tuannya tak sampai-sampai lagi.

Kemain posing, tengok-tengok begini hasilnya. Tak nampak muka pun, mengecewakan haha

Posing ajet-ajet comel
Lepas ambik gambar semua, posing ajet-ajet hipster semua.. meh la kita turun. Turun bukit kejap je, berlari siap. Dalam 20 minit jugak turun tu. Sampai-sampai tu, pergi minum air je. Kemain sebelum tu belek menu haha. Air laici pun RM 4 gaiss. Standard la harga tu, nak murah minum air suam jelah. Seringgit ja uols.

Dah siap minum semua, balik khemah siap-siap kemas barang la pulak. Nak balik dah, buat apa lama-lamanya kat sana kehkeh padahal memang 3 hari 2 malam pun hmm. Muka pun dah merah dan sunburn teroxxxx lol. Dalam pukul 11, naik bot. Sekali lagi mood puitis hadir dalam diri ini. Tapi kali ni 50% je puitisnya, sebab dah letih pastu duk bot kat depan pastu panas la weyyy duk kat depan. Terhenjut-henjut je, orang nak tidur pun takleh :(

Sampai jeti, makan kejap. Abang aku ni awal sangat datang ambik, aku kalut makan. Siap salam-salam semua, moh la balik. Sampai rumah berdenyut-denyut kepala, ayah aku tanya mabuk tak pergi pulau. Aku yakin jawab tak, padahal muka dah moyok pening-pening lol. Badan ada lenguh-lenguh sikit, kulit pun sudah mula menggelupas. Masa aku cakap aku nak pergi pulau tu, mak aku siap cakap nanti naik bot mabuk laut acece nak takutkan aku ke tu haha :')

Sesiapa yang first time nak pergi pulau tu, hakak bagi tips and tricks sikit:
1) Book pakej awal sebulan sebelum nak pergi tu kalau boleh. Kalau book lewat, berhuhuhu la tengok semua dah penuh nak-nak kalau time musim cuti.
2) Kalau nak jimat baju, sediakan satu baju (dengan seluar sekali lah maksud aku) khas untuk mandi je. Setiap kali nak mandi, salin je baju tu.
3) Bagi perempuan, digalakkan bawak tudung instant. Tak payah gosok dan senang nak mandi laut. Dan takyahla bawak mekap, tak pakai pun, satu lagi main air tanggal gak kahkah.
4) Beli makanan (roti, biskut, air mineral etc) kat darat lagi.
5) Nak jimat ruang dalam beg, tak payah bawak telekung takpa. Solat dengan pakaian yang sedia ada je, asal bersih menutup aurat aiwah!
6) Sunblock? Aku tak bawak pun lolz
7) Jangan lupa bawak selipar jepun ya kawan-kawan.
8) Kat pulau memang banyak ikan kering duk berjemur hmm

Nah aku belanja sikit gambar pemandangan kat sana. Harap berjaya menimbulkan perasaan hasad dengki dalam diri anda lantas membangkitkan semangat untuk datang ke sini hihi








Indah betul kenangan, walaupun balik-balik tu muka dah macam orang asli original tulen. Terima kasih semua atas kenangan ini; Kak Najjah, Kak Husna, Kak Jiha, Kak Ayu dan sepupunya, Wan, mak&ayah, pak cik driver bot dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi ini, gitukan ucapan dah macam menang anugerah nobel kah! Pulau dah, lepas ni boleh kita plan pergi ke Pergunungan Himalaya pulak haha ceh tinggi cita-cita. Okay, sorry.. lepas ni jom kita rancang pergi umrah pulak hoho!

(ps: Aku taip dua post serentak, jadi yang ni siap dulu. Post jelah yang ni dulu kah!)

No comments: