Wednesday, 18 May 2016

Pulau Perhentian Part I

Assalamualaikum and hai gais, aku baru balik bercuti dari Pulau Perhentian. Ceh, urban betul rasa bila pergi bercuti ni. Boleh tahan gigih jugaklah aku ni kira sunburn tak hilang lagi dah update blog. Siap catat point penting lagi dalam fon, haa mohon hargai usaha aku ni.

Seperti yang sedia maklum ya kawan-kawan sekalian, aku ke pulau ni secara berkelompok, iaitu empat orang termasuk aku. Tiga lagi manusia yang terlibat dalam misi ini ialah Kak Jiha (yang deal untuk pakej semua ni), Kak Najjah (katanya, ni last dia pergi jalan-jalan, katanya lah), dan Kak Husna (wakil orang Besut kihkih). Pakej yang kami ambil berharga RM 150 termasuk speedboat pergi dan balik, penempatan iaitu khemah dan aktiviti snorkeling. Ada pakej yang menawarkan dorm, tapi maksimun kena 6 orang.. tapi taktau mana nak cekau 2 orang lagi tu. Kalau 4 orang je, kena tambah RM 30 sorang lagi. So, weols decided duk dalam khemah jelah, ajet-ajet jadi backpacker dengan bajet yang rendah, nanti bolehlah nak wat modal sembang dengan member bukak sem nanti.

Meriah pulak khemah ni dalam gambar
13 May 2016 (Jumaat)

Sebelum hari kejadian, kami dan bank deposit separuh (RM 300, RM 75 sorang). Sebelum naik bot ke pulau, kami kena selesaikan dulu separuh lagi pembayaran di pejabat dia (Aina Holidays Sdn Bhd) tepi 7E kat jeti Besut tu. Dalam pukul 12.30 tengah hari, kami menaiki bot (tambah lagi RM 5 untuk bot, tak payah tunggu.. terus dapat naik). First time aku naik bot tengah-tengah laut camtu, tetiba mood berubah jadi puitis. Acah-acah bermonolog sendiri dalam hati sambil tangan main air laut, drama Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck sangat! Sedang aku bermonolog sendiri, tetiba pak cik driver bot cakap ke aku, "Dia tak sabar nak main air tu" hewhew malu kita berperangai aneh camtu :')

Dalam setengah jam naik bot dari jeti Kuala Besut, maka sampailah empat ketul manusia tersebut ke Pulau Perhentian untuk pertama kalinya. Tempat kami di long beach, tempat yang ramai orang putih duduk berjemur jadi ikan kering. Mood puitis di tengah laut tadi tiba-tiba bertukar menjadi mood seorang pedakwah. Begini rupanya manusia yang tiada garis panduan agama yang betul, eh engko jangan sampai aku buka kitab pulak kat pulau ni.

Sampai tu, terus tanya mana khemah kitorang. Pastu pak cik tu suruh tunggu  sampai orang selesai solat jumaat, nak tengok khemah mana yang kosong. Boleh tahan lama menunggu, nasib baik ada buai kat situ jadi boleh berayun atas buai sambil nyanyi lagu buai laju-laju, sambil-sambil tu boleh berangan putera raja muncul ke apa ye idok?

Lepas orang selesai solat jumaat, kami berjaya mendapatkan tempat tinggal kami. Rehat kejap, solat zohor, dan apa lagi kawan-kawannnn... Jom kita mandi pantaiiiiiiiii! Aku ambik kesempatan ni untuk belajar berenang dengan Kak Najjah. Tapi menghampakan betul, sampai kesudah takleh apungkan badan. Dalam keriangan duk berendam dalam air, Kak Ayu ajak main banana boat. Btw, Kak Ayu ni duduk tepi aku masa dalam bot, sampai kat pulau tu dia tegur cakap nak join kitorang sebab dia berdua je dengan sepupu dia. Khemah dia tepi khemah kitorang, jiran la kira. Kat sini haruslah kita mengamalkan konsep berbuat baik kepada jiran ya anak-anak.

Pada mulanya, teragak-agak jugak sebab duit tak bawak. Nak bawak duit apa pergi main air. Tapi nasib baik sepupu Kekyu bagi pinjam duit dia dulu. Banana boat sepatutnya RM 25 sorang (15 minit), tapi kitorang dapat RM 20 seorang. Jadi RM 100 la, 5 orang naik. Ni first time ni aku ni banana boat, ah jakunnya :')

Pak cik tu bawak bot berdesup laju, sepupu Kekyu tukang ambik gambar dengan tukang gelak kat kitorang duk teriak tengah-tengah laut tu. Mula-mula pak cik tu terbalikkan kitorag kat air warna turquoise, kali kedua kat air warna biru. Dalam siottttt! Dahla terkapai-kapai macam teddy bear je dalam air tu naik semula atas banana boat tu. Pastu pak cik tu cakap, sepatutnya 3 kali kena jatuh kan.. tapi dia cakap 2 kali jelah, sebab kesian tengok kitorang terkapai-kapai. Last-last hampeh, 3 kali jugak dia jatuhkan aduii pak cik ni sampai hati tauu :')




Lepas naik banana boat, bersihkan diri solat maghrib semua, dan ayuh kita merangkak cari makanan pulak, dari tengah hari kot tak makan. Aku order nasi goreng USA (RM 13) dan Teh O Ais (RM 4). Harga dua kali ganda dari biasa, biasa la kan tempat camni.. Kalau hari-hari makan camtu, mana laa nak cekau duit ni haha.



Lepas kenyang, lepak tepi pantai. Ambik angin pantai, sembang-sembang pasal 5 tahun akan datang haha. Kak Najjah dengan Kak Jiha balik khemah awal, tinggallah aku dengan Kak Husna duk sembang sampai pukul 11 lebih. Lepas tu, balik khemah. Solat isyak dan terus assalamualaikum duniaaaa jumpa esok pulak. Hidup betul pulau tu, pukul 3 pagi pun bising lagi hmm omputih ni tak gheti nak tidur ke.

14 May 2016 (Sabtu)

Bangun pagi tu, sakit-sakit badan sebab tidur dalam khemah. Tanah tak rata. Pagi tu makan biskut gitu je, roti tak bawak. Okay ni salah aku haha. Abang aku la ni, cakap kalau nak makanan murah, pergi kat kampung nelayan. Aku pun, ok... yakin bagitau takyah beli la makanan kat darat ni, kita pergi je cari kat kampung tu. Tengok-tengok, kampung tu jauh di nun sana. Kena naik taxi (bot) RM 10 pergi, dan RM 10 balik. RM 20 kena naik bot saja semata-mata nak cari makanan murah kah! Nazifa akhirnya dikecam oleh masyarakat haha.

Aktiviti hari ni, snorkeling gais! Dalam pukul 11 naik bot. Pakai life jacket, pakai google ya anak-anak.. bersiap sedia untuk turun. (Masa snorkeling takde gambar, maaf fon tak canggih tak kalis air. Kalau nak gopro, sewa saja RM 80 sehari haha baik beli makanan, kenyang gak)

Point 1: Banyak ikan kecik
First time aku snorkeling ni, jadi takut-takut nak terapung. Ingat tak yang aku cerita aku belajar berenang tapi kesudah takleh apungkan badan tu? Perjuangan aku tidak tamat di situ ya, teringat kata -kata orang tua, belakang parang kalau diasah tajam jua.. dan akhirnya aku berjaya mengapungkan diri (dengan adanya life jacket, terima kasih life jacket kerana merealisasikan hasrat dan impian Nazifa kah!). Pakai google, dapatlah merasa hidung mancung walau cuma seketika kihkih. Aku taktau apa nama point ni, banyak ikan kecik.. dia tepi pantai, jadi tak dalam sangat untuk permulaan. Boleh lagi laa nampak batu karang dari dekat walaupun agak jauh nak sentuh tu.

Point 2: Turtle Bay
Kat point ni, banyak ikan bilis ja haha. Tiba-tiba jadi ratu ikan bilis kat situ kejap. Agak dalam, tapi kat bawah dia takde batu karang, berpasir je. Aku pelik gak, nak tengok mende la kat sini, pastu masa snorkeling dekat kawasan bot, nampak penyu bawah bot! I iz excited! Masa aku dah naik, baru penyu tu timbul atas air ceit, habis semua pakai ikut dia haha. Aku perati ja dari atas bot.

Point 3: Shark Bay
Sampai kat point ni, pak cik tu cakap,"ni shark bay, shark tak makan sayur". Kak husna je tak turun kat point ni. Kat point ni, Kekyu je nampak shark tu. Sini aku takleh fokus, sebab google  aku putus lepas tu pinjam yang Kak Husna punya, tapi asyik masuk air je. Pedih tau mata masuk air laut. Aku rasa, kat point ni la yang pak cik tu tunjuk kitorang tempat ikan nemo. Dia menyelam, pastu tunjuk tangan kat batu karang tu, tetiba ikan nemo keluar sekor, tapi tak besar mana. Pemalu rupanya ikan nemo ni. Tengok ikan nemo, teringat ke orang tu suruh bawak balik sekor. Nak bela katanya, pelik-pelik betul perangai. Ritu nak tanam kapas semata nak buat bantal hahaha. Ceh sempat mengumpat, tapi kalau baca ni.. tak kira mengumpatlah kan? Hihihi :P

Point 4: Coral Garden
Dalam banyak-banyak point, point ni paling mencabar aku rasa. Dia punya dalam tu takleh nak bawak bincang, pastu arus dia agak kuat sini.. asyik nak hanyut ke aku hihi. Boleh nampak jauh je batu karang tu. Sini pun banyak ikan comel-comel warna-warni hee. Banyak gila gamat dengan timun laut kat bawah sana. Pak cik tu menyelam ambik gamat, pastu suruh kitorang sentuh. Aku haram nak sentuh, geli laaaa lembik lembik gitu. Pastu pak cik menyelam lagi, ambik timun laut. Timun laut keras sikit, aku boleh sentuh haha. Kitorang cakap jangan lepas lagi sebab nak bawak ke bot, bagi orang lain tengok. Pastu masa otw balik bot, pak cik menyelam ambik timun laut yang lebih besar. Ada besar lengan gak aku rasa, kagum kejap :O

Point 5: Lata Air Berani
Singgah sini untuk siram-siram badan. Best  weyy mandi air bukit, ramai gak orang sini berebut cedok air nak siram badan. Semua golongan ada berebut nak cedok air, tak kira tua ke muda ke kanak-kanak ke. Mungkin inilah yang dikatakan yang tua dihormati, yang  muda disayangi :'D

Gigih tu panjat batu 

Point 6: Kampung Nelayan
Point terakhir, tapi tak snorkeling la sini. Singgah makan. Aku makan nasik campur  RM 6 dengan teh o ais RM 2. Sini boleh ada sotong besar-besar, tapi cepat habis. Sanggup tu tunggu yang atas dapur masak haha. Setelah kecewa sebab aku cakap takyah beli roti, Kak Husna pergi beli roti kat kedai runcit. Harga dia mahal sikit dari kat atas darat, mahal-mahal pun.. tengok-tengok expired kahkah.

Lepas singgah di kampung nelayan, kami terus balik. Siap solat zohor, tunggu asar terus. Lepas tu apa lagi gais, meh la kita pergi mandi laut sambil bagi makan ikan roti expired. Lempar roti, berderet ikan datang. Air kat sini kemain jernih, nampak sebijik-sebijik haa. Kak najjah pesan, nak bagi makan ikan.. tangan pegang roti dalam sikit, kalau atas nanti ikan bilis je makan sebab ikan bilis berenang belah atas air tu. Pastu aku tanyalaa, kenapa ikan bilis berenang belah atas? Kenapa tak berenang lagi dalam? Takut lemas ke? Okay punchline sampai gais! Bangga kot, satu kejayaan la kira ni :') Aku berpendapat boleh tahan angkuh jugak ikan bilis ni, nak jugak dia makan roti. Diorang tak tahu ke diorang sebenarnya  sedap dimakan bersama roti?

"Sebelum makan, baca doa dulu ya anak-anak"
Mesra betul gambar ni, macam suasana hari raya pun ada :'D
Sambil menyelam minum air, tapi air masin nak minum macam mana :(

Malam tu, macam biasalah. Semua kelaparan, apalagi mahal pun mahal laa. Jom pergi makan. Aku makan bihun sup (RM 13) dengan jus apple (RM 7), ceh sekali makan 20 hengget matilanak kalau duk sini lama-lama. Lepas makan, kenyanglah pulak. Meh kita hampar tikar tepi pantai, baring sambil stargazing. Banyak gaiss bintang-bintang di langit, nampak tahi bintang jugak hee. Aku baru 5 lima minit baring tengok langit last-last tertidur haha. Tengok dah sebelum tu Kak Husna dengan Kak Jiha dah lena dibuai mimpi. Sedar tu, mamai-mamai terus balik ke khemah. Tapi malangnya, dalam khemah tu panas la weyyy. Aku perati ja Kak Husna ke hulur ke hilir takleh tidur sampai aku tertidur. Pagi esoknya aku dikecam kerana dikatakan tidur buas haha!

1 comment:

feeq said...

weh, saya syafiqah dari masa depan *fastforward 2 bulan* weh bestnya gi pulau. teringat masa aku island hoping kat langkawi cantik gini laa best nyee haha nak post gak la hew hew tanak bawak iols dah ke ke pulau :3