Monday, 18 April 2016

Semester Break!

Dan akhirnya, semester 3 berakhir dengan jaya dan bergaya! Sebenarnya takdelah dengan jayanya sangat sebab nyawa-nyawa ikan ja jawab final exam. Hup hap hup hap aku duk sedut oksigen dalam PKK macam ikan betul, siyes tak tipu. Tengok jiran sebelah, kertas jawapan masih suci. Tengok orang belakang, duk termenung jauh memikirkan sem depan kena mengadap subjek ni lagi ke camne? Tengok jawapan sendiri.. hmm apalah yang aku belajar sepanjang sem ni.  Antara subjek yang kritikal; Fiqh Muamalat dengan Usul Fiqh sebab soalan hampir 80% tak sama dengan past sem punya, dan sekelas aku study past sem maka berhuhuhu la kami semua dalam PKK. Tengok muka sorang-sorang keluar PKK, muka sememeh je. Haa aku sampai nak demam lepas jawab soalan Fiqh Muamalat lepas tu berlarutan sampai last paper :(
Sekarang ni kira bersyukur sebab masih bernyawa je lepas menghadapi exam dan masih mampu menikmati cuti sem di rumah fehh. Bersyukur masih  waras lepas  exam tu, takdelah sampai cucuk diri sendiri dengan pemadam ke apa, walaupun mental breakdown masa exam tu boleh tahan laa. Nasib baik  ada orang bagi semangat masa exam tu, kalau tak letih jugak nak menghadapi mental breakdown seorang diri hihihi.

Okay, beralih ke fasa cuti semester. Cuti sem ni memang sifat dia sangat mengujakan pada minggu pertama dan kedua, masuk minggu ketiga dia mula menjadi kelabu dan hambar. Tahap kehambaran dia tu takdelah negatif sangat, aku rasa sebab aku takde kawan kat kawasan rumah ni sebab tu rasa macam bosan sampai aku terpaksa google "What 21 years old should do" ya aku tahu bunyi macam merepek, tapi aku google betul-betul kottt. Berkeliaran dari laman sosial ke laman sosial yang lain, hangpa toksah cakaplah. Kalau setiap kali aku tweet kat twitter tu dapat seringgit, mesti pendapatan aku masa cuti ni dah mencecah ratusan ringgit dah. Btw, kawasan kejiranan aku ni berapa kerat je sebaya dengan aku, tu pun lelaki dan selebihnya kanak-kanak bawah umur hmm takkan aku nak join diorang main polis entry kot. Boleh tahan sedih jugak kehidupan bila takde kawan kat kawasan rumah ni.

Biasa aku, kalau sedara datang rumah  ke.. diorang akan tanya bila nak habis belajar. Setiap kali jumpa weh. Biasalah nak buat modal bersembang mungkin, takkan nak sembang pasal hal rumahtangga pulak dengan aku kan. Setakat ni takde lagi tanya aku bila nak kawen, haa tanya la tanya bila nak kawen, jangan sampai aku jawab "Sekarang!" kehkeh okay gurau je.

Dengan status aku sekarang ni sebagai penganggur separuh masa di rumah, aku ingat nak habiskan baca buku yang aku tak baca lagi kat rumah ni. Berlambak, beli saja pastu jadi perhiasan kat rak seakan-akan tujuan aku membeli mereka semua memang untuk dijadikan perhiasan huhu. Lepas tu, ingat nak melukis, tapi takdak mood la pulak. Mood melukis aku masa final exam ritu, orang duk gigih menelaah, aku gigih melukis sampai sempat aku berhalusinasi sem 3 dah habis dengan mendoodle "Semester 3: Done" haha pui la. Tapi tu masa subjek yang aku anggap senang la aku sempat melukis, bila subjek susah aku boleh tahan tekun membelek kitab tengok mana bahagian yang ustaz kata penting tapi tak jumpa mana bahagian tu. Mintak soalan spot dengan ustaz, ustaz cakap semua ada dalam kitab last-last semua study soalan past sem je sampai kecewa secara berjemaah menahan luka dalam PKK. Kisah seram ringkas masa nak study: Kitab aku macam kitab baru beli semalam, suci bersih sejuk mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Jangan malas mencatat maksud perkataan ya teman-teman, nanti nak exam kan menyesal pulak macam aku ni haa tapi nasib baik aku ni generasi Y ada google translate walaupun kadang-kadang mengarut suka hati dia ja translate.


Apa pun, yang lalu biarkan berlalu.. Sedangkan daun-daun yang gugur pun tak pernah membenci angin.. Siapalah kita nak membenci exam huhu. Antara konklusi yang aku dapat bila search "What 21 years old should do": Read lotsa books, write whatever happened in your life, manage your finance ah malas dah aku nak sebut satu-satu. Google sendirilah kalau nak tahu wekk.

Selamat bercuti! Cuti-cuti ni, jangan makan banyak sangat kat rumah, nanti bukak sem nanti tak cam siapalah manusia yang agak berisi lambai dari jauh tu.

No comments: