Wednesday, 23 March 2016

Walk A Neon

Di saat orang lain gigih study sempena final exam, Nazifa pula gigih berlari (dan berjalan serta mengesot suster ngesot👻) merentas KL sebanyak 5 KM sempena Earth Hour. Hampir dua kali aku nak tersilap jalan, nampak sangat over confident berlari sampai orang yang depan aku pusing-pusing belakang sengih tengok aku haha ittew maluuuu. Kisahnya bermula bila Aten ajak pergi program ni kat group, walaupun sedar masa tu tengah final.. ah lantak pi. Aku cakap kat mak aku nak pergi berlari 5 KM ni, mak aku cakap rajin betul nak berlari dah laa tengah final exam. Lalu aku terus membela diri sendiri dengan mengatakan kepada beliau bahawasanya muda hanya sekali, bila dah tua dah tak larat nak berlari. Mak aku diam, diam tanda setuju aku rasa. Oh, tiba-tiba aku tertanya-tanya, berapa ramai yang menyesal di hari tua kerana tidak melakukan perkara yang mereka suka pada waktu muda? Macam, melancong (hmm okay melancong kena ada duit), ataupun backpack, hiking, snowboard (kfine, Malaysia takdak salji). Well guys, jangan jadikan menuntut ilmu sebagai alasan. Studying is part of our lives, either formal or informal, knowledge is knowledge. Other things is optional, if you love to draw, then draw. If you love to write, then write. If you love everything, then just doooo everythinggg. As long as it is something good, it's okay. Ah letihnya membebel, rasa berkedut kulit lepas membebel satu perenggan.

So guys, my number was 150 and 151 was Aten's. We got those neon sticks, a t-shirt that glows in dark. Not really "We got", actually we need to pay it. The felt is so good I guess. Like you got the chance to run around the city, watched KLCC put off the lights for an hour.
Masa tengah berlari tu, tiba-tiba ada foreigner berlari tepi kitorang.

"You guys run for charity or for what?"

"Earth Hour"

Eh, mestilah kena jawab dengan bangga walaupun jawab dua patah perkataan je.
Begitulah sedikit sebanyak kisah Walk A Neon aku bersama Aten dan adiknya.

Now let's move to another part..
Setelah dua hari aku tinggal (atau dikenali sebagai perabis beras) di rumah Aten, maka aku berhajat untuk pulang ke KUIS. Balik study la pulakkkk! Naik LRT dari Setiawangsa ke KL Sentral, lepas tu naik KTM ke Bangi. Scroll whatsapp, ooo pokok tumbang, ribut ooo. Tiba-tiba aku dengar "Bandar Tasik Selatan, Bandar Tasik Selatan", lalu aku tanpa segan silu keluar dari KTM, pergi TBS beli tiket balik Besut wahaha. Tanpa dirancang, boleh tahan unexpected jugak laa sampai Irfana dengan Hani bising mana Nazifa ni, dah tak reti nak balik ke mentang-mentang makan free kat rumah orang. Aku cakap balik Besut, Hani tak percaya, suruh hantar location siap. Bak kata Irfana, "Tak lagi jumpa manusia spesies mu" ke aku ahaks.
Aku balik rumah sempat dua hari satu malam je, lepas tu balik KUIS. Aku cakap kat Ilman, "Kak Ipa nak balik KUIS dah, sebab Ilman tak suka Kak Ipa duk kat rumah", pastu Ilman balas macam ni kat aku, "Ime (Ilman) suka nasik". Ilman lebih suka nasik dari aku gaiss :'). Yelah, sebab aku selalu kacau dia nak tidur kehkeh.

(Aku silap beli tiket balik 22/3 pukul 9 am, sepatutnya nak beli 22/3 malam. So berhuhuhu la aku beli tiket baru. Melayang camtu je duit 💸. Disebabkan aku ni seorang pemaaf, aku maafkan diri sendiri atas kecuaian ini dan hidup bahagia selamanya. You gonna make some mistakes, and always, mistakes offer you some lessons.)

Now I'm heading to TBS, and yes I'm writing this in the bus sebab bosan weh. Nak acah-acah study pun gelap, orang tak study dalam gelap 😳. Nak kacau orang kat KUIS, orang kat KUIS duk study haha.🚌💨

No comments: