Tuesday, 12 January 2016

Mujahadah Agro Camp (MAC)

Hai, aku rasa aku ni bosan gila sampai terpaksa buat sesi #ThrowBack aka #BalingKebelakang ke apa dalam Bahasa Melayu. Itulah, cuti midsem tak nak balik rumah pastu mulalah slow-slow mereput kat KUIS. Btw, aku terpaksa buat post ni, sebab nak memenuhi permintaan pembaca blog ni yang tak putus-putus tanya bilaaaaaaaa nak update blog. Okay tipu je, takde orang kisah pun sebenarnya sobsob :'(

Kalau ikut kronologi, sebenarnya post ni sambungan kepada post NDP Camp and Memories. 

Setiap kali NDP, tempat yang wajib dikunjungi ialah Sunway University dengan Mujahadah Agro Camp (MAC) kat Semenyih. Tapi aku rasa ni first time aku cerita pasal MAC, kan? Sebab kat Sunway Monash Residence kitorang hidup mewah macam spoiled kids pun ada, so our sponsorship memang akan hantar kami pergi MAC at least for two days, one night (weekend, takde kelas kat Sun-U). MAC ni macam kem sahsiah diri untuk memtarbiyyah diri la, solat berjemaah lima waktu, tidur atas lantai, bangun tahajjud, makan dalam talam etc. Lega jugak setakat pergi dua hari satu malam je hewhew :') Setakat ni, dah dua ke tiga kali aku pergi MAC, macam dah terbiasa lah dengan suasana dia.

Biasanya, kami akan bertolak dengan bas. Sampai kat satu destinasi, kami akan menaiki van ataupun kereta untuk ke MAC sebab dia agak pedalaman. Antara detik-detik paling indah jugaklah naik van ni, sebab van tu buruk pastu jalan dia macam berlekok-lekok, macam naik roller coster, rasa tak selamat dan mendebarkan tapi tetap teruja gila masa naik haha.

Sampai kat MAC, macam biasa jumpa fasi-fasi yang sama macam dua-tiga tahun lepas, lepas acah-acah "eee lama tak jumpa" semua tu, angkat beg masuk bilik pastu mereput. Okay tipu, tak sempat mereput, terus kena pergi ke dewan hmm.

Tiba-tiba rasa macam malas nak sambung hmm hmm. Okay aku sambung..

Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan (guna "beberapa" baru selamat sebab tak ingat berapa bilangan kumpulan yang sebenar kah!) dan nama group tu.. based on family members. Macam kumpulan Nenek, Ibu, Kak Long, Ayah gitu. Kumpulan aku nama "Nenek" haha funny not funny. Timbul jugak lah perasaan benci tu bila orang duk bersorak "Go Nenek Go!" haha bencinyeeee aku dengar.

Malam tu, dalam pukul 10.00 malam rasanya aku pun lupa haha, kitorang dalam kumpulan kena naik bukit belakang kem tu. Sebelum ni, dah pernah naik bukit tu malam-malam, tapi ada fasi teman. Kali ni, kena pergi sendiri mengikut kumpulan. Dalam kumpulan ada 10 orang termasuk ketua, satu kumpulan bawak dua lampu suluh/ lampu powerbank or whatever yang mempunyai cahaya. Jadi, yang kena pegang lampu tu, yang duduk kat depan sekali iaitu ketua, dan yang duduk belakang sekali. Aku yang ke sembilan (kedua terakhir) dan Hani sekumpulan dengan aku, ke lapan (ketiga terakhir).

Kumpulan aku yang kedua terakhir naik bukit tu, dia lepas satu per satu kumpulan. Gap masa antara kumpulan tu dalam 10 minit jugak kot, jadi macam mustahil la nak bertembung masa dalam hutan tu. Aku masa mula-mula panjat bukit tu, kaki dah kena gigit ke binatang eee geram pulak aku rasa. Selepas itu, yakinlah kami sekumpulan berjalan mengikut tanda arah yang disediakan. Haaa, sebelum masuk hutan tu, fasi-fasi ada cakap yang akan ada lopak lumpur ke apa masa dalam perjalanan nanti. 

Kami sekumpulan dengan yakin tanpa sedikit pun was-was dalam hati, tersilap arah pergi masuk lumpur sampai tenggelam separuh badan sebab penanda arah tu macam mengelirukan sikit. Ingatkan lumpur yang diorang maksudkan tu, lumpur dalam macam yang badak suka berendam tu, rupanya lumpur yang buku lali adik aku pun tak berapa nak lepas -_-

Salah jalan lain cerita naa, yang penting adalah keyakinan. Yang kelakarnya, kumpulan aku siap tolong kumpulan belakang aku (Kumpulan Ibu) masuk lumpur separuh badan tu. Dah la sesat, menyesatkan orang lain pulak tu. Sesat lagi menyesatkan la orang kata.
Lama jugak weh duk bertungkus-lumus mengharungi lumpur tu. Tapi aku pun taktau la kenapa ketua aku, boleh terfikir lalu situ. Kalau tengok balik, kawasan tu penuh dengan pokok keladi, dan takde kesan orang lalu pun jalan tu. Maksud aku, takde kesan pun kumpulan yang masuk awal dari kitorang lalu, like serioulsy?

Yang paling kesian, kat orang yang badan comel-comel la.. Sebab lumpur kan, kalau diorang masuk terus tenggelam lepas tu susah nak keluar. Kalau yang jenis keding macam orang lidi tu, dia tenggelam perlahan-lahan. Sebab yang belakang aku tu agak comel sikit, jadi aku tukar dengan dia. Aku pegang lampu, suruh dia pergi dulu. Kesian Hani, dah la kecik lepastu dia terpaksa pegang orang depan dia dari tenggalam sampai ke dia sendiri nak tenggelam. Aku, tangan sebelah pegang lampu sebelah lagi pegang Hani.

Setelah sekian lama bertarung dalam lumpur, sampai ada yang tercabut tapak kasut haha. Yang aku tak tahannya, aku tanya "Tapak kasut sape ni tercabut?" Diorang yakin je jawab, "Tapak kasut ahli kumpulan sebelum kita kot" haha mengarut ja, orang lain tak lalu pun lumpur tu. Kesudahannya, tapak kasut tu, milik kepada ahli kumpulan aku jugak dushh. Sampai semua dah mandi lumpur, muka dah penuh lumpur.. tengah-tengah malam pulak tu, datanglah fasi.. cakap kitorang silap jalan. Cisssss

Abam-abam fasi bagi pilihan, nak patah balik ke kem ke, ke nak teruskan perjalanan. Kumpulan aku kekonon berpantang ajal sebelum maut, pilih teruskan perjalanan. Gigih weolss walaupun baju dah berat sekali dengan lumpur. Yang last belakang aku, yang pegang lampu tu pilih nak balik.. so, dia balik, aku yang ganti tempat dia hehe.

Haaaa part ni seram sikit gais! Masa kitorang menelusuri hutan belantara di tengah malam. Ada satu tempat tu, kitorang lalu dua kali. Ya, anak patah mengelirukan sekali lagi. Sebab kumpulan aku last, lambat sebab masuk lumpur tadi tu.. kira aku last, belakang aku abam fasi laa. Dia duk membebel apa entah dalam bahasa kedah dia tu haha. Hani tetap duk depan aku, masa kitorang lalu tempat sama dua kali tu.. Hani pandang belakang.. Kira, belakang dia.. aku dengan abam fasi tu jelah kan. Tiba-tiba, Hani cakap, "Pa, aku nampak benda (belakang abam fasi)". Haaa, nasib baiklah aku ni sejenis yang cool dan rileks je. Aku cakap camni haa kat Hani, "Dah dah, tengok depan je". Cool gila kot boleh cakap camtu kat Hani! Padahal dalam hati, "Oh damn!" hahaha.

Selesai sudah kejadian sesat lagi menyesatkan, akhirnya kami berjaya keluar dari hutan tu. Kumpulan kami, abam fasi (ceh dari tadi aku duk eja abang jadi "abam" cam comel jee haha) bagi kami mandi sungai jap nak bersihkan lumpur tu. Sampai kat kem, semua orang dah tidur, diorang awal gila sampai kot. Dekat sejam jugak tunggu kumpulan aku sampai, last-last fasi suruh masuk tidur je. Diorang balik kering dan bersih je, kitorang kemain macam basah lencun, kotor dengan lumpur macam baru lepas berperang.
 Yang kumpulan lelaki, duk bersorak  main teka-teki kat dewan lepas tu esok kan bagi teka-teki tu kat kitorang. Sampai nak gila cari jawapan hahaha kuajaqq teka-teki tu. Dahlah esok tu kena perli "Nenek" dengan "Ibu" sesat masuk hutan haaa kuajaqqqq untuk kali kedua.

Malam tu sebelum tidur, aku tanya Hani.. apa yang dia nampak kat hutan tu. Dia cakap, macam kelibat manusia kat belakang abam fasi tu hmm. Seram kan? Seram kan?

Kasut aku sampai sekarang jadi warna kuning sebab masuk lumpur ritu. Ya Tuhan, panjangnya post ni, dah macam surat khabar aku tengok. Ah pape jelah. Okbye [insert emoji orang pakai baju merah seluar biru berlari]
 

selfie cikeddd
Irfan, Zack, Naz, Hanim, Han. Yang tudung biru belakang tu, dah lupa nama apa hmmkay
 


Scholar perempuan je, aku rasa ada gambar campur lelaki dengan perempuan. Tapi tak jumpa pulak kat mana.
  

No comments: