Monday, 31 August 2015

Air sampah

Assalamualaikum.

Ada satu pagi tu (aku pun lupa sebenarnya pagi ke petang ke tengah hari, saja nak bagi sedap cerita bagitau masa hiks), aku kalut nak pergi kelas.. Kebetulan aku nampak mak cik cleaner kutip sampah, kat tangan dia ada plastik sampah yang bocor, ada air sampah keluar plastik tu. Nama pun sampah, mestilah busuk bau dia. Haa, tengok gambar kat bawah, gigih kite lukis sebab nak bagi gambaran macam mana rupa plastik sampai tu hiks. :')
gambaran penulis (lol)
Aku pun pelik jugak.. macam mana yang manusia yang digelar mahasiswa, boleh terfikir nak buang plastik yang mengandungi air dalam ke dalam tong sampah tanpa membuang air tersebut terlebih dahulu. Maksud aku, buang air tu dalam longkang/sink dulu ke, takpun minum je air tu sampai habis baru buang plastik dia tu. Oh, maaf.. lupa pulak yang digelar mahasiswa itu, mana ada masa nak fikir benda sekecil ini. Kita tak sedar yang kita telah menyusahkan mak cik cleaner (btw, kita mana kisah pasal orang lain kan?), nak-nak kalau plastik sampah tu bocor dan mengeluar cecair yang berbau busuk. Menyampah jugak aku tengok, bila mak cik lalu kutip sampah, pandai pulak tutup hidung bau busuk pastu mula euw euw kalau air sampah tu kena baju -_-


Kadang-kadang, aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran kita. Buang sampah merata; dalam kelas, dalam dewan kuliah, nasib baik diri-sendiri berkelakuan baik tak menyusahkan masyarakat awam, kalau tak dengan diri-sendiri pun jadi sampah hmm. Tengok sampah kat kaki, haram nak kutip, lepas tu komplain cleaner tak buat kerja la, komplain kenapa negara kita tak sebersih negara yang lain, acah-acah kagum dengan negara lain, lepas tu nak keluar Malaysia last-last bila duk oversea bahan makanan malaysia yang jugak engkau duk angkut bawak sana hiks.
Kita suka sangat kan komplain macam-macam, ironinya aku pun tengah komplain sekarang lol. Itulah kita, semua benda nak suruh orang lain yang buat, diri-sendiri takde tindakan. Tapi takut jugak aku ni, duk sembang kencang kat sini last-last aku penyumbang utama kepada pembuangan sampah merata-rata huhu. Tak apalah, perlahan-lahan kita sama-sama perbaiki diri, walk the talk, dan yang penting jangan jadi golongan yang reti sembang tapi tak buat.

 (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ).
 Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (As-Saff:2)."

The change begin within yourself :)

No comments: