Monday, 11 May 2015

Selamat Hari Ibu..mungkin?

Being a village people, it's kinda awkward showing your love/affection toward your family members or friends directly. It's Mother's Day today, but we were just playing dumb. No "Selamat Hari Ibu, mak", or "Sayang mak" or any kind of Mother's Day wishes. Masa aku duk asrama dulu, kawan-kawan aku berlumba call ayah diorang nak wish Selamat Hari Bapa. Aku nak jugak jadi "normal" dikalangan kawan-kawan aku, so aku call lah ayah aku kekonon nak wish Selamat Hari Bapa. Turn out, mak aku yang angkat telefon, dan aku suruh mak aku sampaikan ke ayah aku "Selamat Hari Bapa" sebab aku malu nak cakap sendiri. Lepas tu, aku bersumpah tidak akan membuat perkara yang memalukan diri-sendiri lagi.

Tiap kali cuti sem, aku memang duk kat rumah ja, tak pernah lagi aku diberi peluang untuk bekerja. Bila duduk kat rumah, mak aku asyik komplen ja pasai aku malas buat kerja rumah, lalu aku terus membalas tohmahan yang dilemparkan oleh mak aku dengan hujah "orang lain lagi pemalas kot!". Maka berlakulah perdebatan antara kami, dan mak aku sentiasa menang dengan hujahnya yang berbunyi "Kalau orang lain masuk neraka, kita pun nak masuk neraka jugak lah?" Mannn, why women (mums) are so good with mouths. Btw, aku bukan pemalas, cuma dalam Save Energy Mode ja huhu.

Lama sangat bercuti kat rumah sampai aku rasa aku macam takdak tujuan hidup, maka hidayah mula membisikkan sesuatu kepada aku supaya memanfaatkan cutiku sebaiknya. Terdetik di hati ini untuk belajar menjahit, dan aku menyuarakan hasrat murni ini kepada mak aku lalu beliau menasihati aku dengan kata-kata yang cukup indah yang berbunyi macam ni, "Takyah nak belajar menjahit sangatlah, mu takde bakat dalam menjahit". Terkedu aku dengan jawapan mak aku, lalu aku membawa diri... meneruskan aktiviti seharian menonton Naruto Shippuuden.

Setiap kali nak exam, mesti aku call mak aku, mengadu bertapa susahnya exam (walaupun tak exam lagi) dan respon mak aku mesti macam ni, "kalau susah, bacalah lagi" macam tu la lebih kurang walaupun sebenarnya aku mengharapkan mak aku cakap macam ni, "Wahai anakku, Allah tidak memandang hasil, Allah memandang usahamu. Ikhaskan diri dalam belajar wahai anakku :')" tapi takpelah, aku rasa mak aku cakap macam tu kot dalam hati.

Mak aku ada sifat dimana beliau tidak suka memberi respon. Macam kalau aku tanya, "Nak pergi mana?" haa memang konfem kena tanya banyak kali baru dia jawab. Kalau tanya sekali dia buat taktahu je, walaupun aku tahu dia dengar haha comel pulak aku rasa. Kadang-kadang aku pun ada perangai macam ni sebab kawan aku cakap aku sudah nak bagi respon kahkah, but cool what? Thanks mum for this cool trait.
Mak aku jarang tanya pasal result aku, because I bet she know how I do well in my studies hiks. Bila keluar result, aku cuba nak bagitau mak aku pasal result aku and it's always awkward haha. Sometimes, I just love seeing my mum playing and kidding around with my 3 years old brother, and make me smile to think how we do used to be like that a long time ago. :)

Happy Mother's Day, thanks for being my mother.

2 comments:

muhammad izzat said...

okwed moment..haha..btul..wish guna mesej ja..paastu kalau call buat maccam x da apa jadi..haha

Nazifa Sakinun said...

wish guna mesej diorang tak baca haha