Sunday, 25 January 2015

Pantai.

Assalamualaikum.
Dah lama rasanya aku tak pergi pantai. Kali terakhir aku pergi pantai masa raya haji ritu, tu pun sebab Hari Keluarga. Ecewah, urban betul rasa kehidupan siap ada hari keluarga lagi khenn.

Pagi tadi, dalam pukul 11.00 (pagi ke?) abang aku telefon cakap nak ajak pergi jalan-jalan. Sape tak excited, setelah beberapa kurun terperangkap di KUIS, akhirnya ada yang sudi ajak jalan-jalan :').
Aku bersiap sepantas kelajuan peluru 1000m/s hampir menyaingi kepantasan cahaya kehkeh mengarut. Tapi begitulah yang hendak digambarkan situasi aku sebab abang aku cakap "dah nak sampai ni.." Aku yang baru bangun dari *batuk* tidur *batuk* rasa macam what's happening sehingga tak mampu bernafas dengan betul ecewah amacam? ni aku rasa macam nak buat novel ni ehem.
Aku kemain pakai jubah, jubah baru lol ingat nak ajak pergi mall ke, pergi jalan TAR ke. Tengok nak ajak pergi pantai rupanya. SubhanAllah kelihatan seorang wanita berjubah yang berkelakuan ganjil di pinggir pantai :').
First time aku datang pantai sebelah barat, sangat berbeza kot! Kalau pantai sebelah Kelantan Terengganu ombak agak kuat. Tapi sebelah sini air pun takdak (aku pergi masa air surut T-T) apatah lagi ombak. Pantai kering. Oh, aku lupa pantai ni nama apa. Bagan apa entah. Pantai belah sini agak berlumpur, sebelah timur pantai dia berpasir bersih. Jadi aku dah memang takde pilihan lah kan, so aku jalan-jalan kat kawasan berlumpur. Abang aku dah macam mak nenek duk berleter;
 "Kotor kasut tu.."
"Kotor baju tu.."
"Kan dah kotor dah"
Dia duk ulang benda sama, aku rasa lebih dalam 10 jugak kali kot.

Tengok, habis kotor kasut converse kesayangan kite :(

Abang aku berleter tu kotor ni kotor, sape suruh tak bagitau nak pergi pantai >:(. Btw, sweet pulak abang aku, lepas naik kat tempat kering, dia tolong basuh kasuh aku. Terharu gila weh! (Amacam, kalau aku nak lelong abang aku, ada orang nak tak? PM for the best price. First come first served :B)

Last-last dia beli selipar kat aku. Aku serba salah jugak kan, jadi untuk menghilangkan serba salah tu, aku cuba berbasa-basi dengan dia;
"Takyah beli ar selipar kat sini, mahal.."
"Berapa mahal tu? seratus?"

Ceittt. Aku pun pilihlah selipar jepun harga 10 ringgit ni. 10 ringgit macam (dah la tiruan kehkeh).


Disebabkan kami adik-beradik jenis cool dan berhati dingin, abang aku dengan machonya;
"Meh nak ambik gambar.. macam duk kat padang pasir, dahlah pakai macam tu..kalau cakap duk kat padang pasir orang percaya ni.."
Amboi perli kemain. Maka berdirilah aku setegak-tegaknya, posing nak ambik gambar dengan angin yang kuat, hampir nak melayang aku.


Maka beginilah hasilnya, nampak macam gambar seorang gadis hijabster yang diambil oleh seorang photographer profesional yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun bukan? Haha kalau korang tengok gambar penuh dia, kelakar gila muka aku. Sebab tu aku crop kahkah, bijak kan?

 
Beginilah pantai yang kering, sekering hati kita bukan?
#acah-acah deep.

No comments: