Friday, 23 January 2015

Musim tengkujuh

Assalamualaikum, and hai. Sebenarnya ni post yang ada dalam draft. So aku edit sikit and publish it!

ME, BACK THEN..

Masa kecik-kecik dulu, aku ingat air banjir (aka air bah, orang kampung aku panggil air bah) yang melimpah masa musim tengkujuh tu teh tarik dan aku rasa bukan aku sorang je kanak-kanak yang pikir macam tu. Kanak-kanak zaman dulu banggang secara berjemaah, dan aku termasuk dalam jemaah yang banggang itu lols. Sampailah ada satu hari tu, aku pergi main air banjir kat rumah moyang aku dan aku tertelan air banjir pastu sedara aku cakap dalam air banjir tu terkandung segala najis binatang (dan manusia juga lol). Ya Tuhan...


And..

Musim tengkujuh biasanya musim siput membiak tahu? Aku dengan mak sedara aku yang 2 tahun lebih tua dari aku eksaited gila kot nak kutip telur siput. Aku taktahulah urban people (orang bandar hewhew) pernah tengok tak telur siput yang warna pink tu. You can do some googling to know  how the telur siput looks like in real life huhu. Orang tua cakap; kalau lumur telur siput  atas kepala (buat macam syampu) rambut akan lebih cepat panjang.  Orang tua-tua lah cakap, bukan aku. Aku dengan mak sedara aku percaya 100% kot. Dahlah comel, pastu innocent pulak aku masa muda dulu. Percaya bulat-bulat kot! huhu :')
Nowadays, bila aku lalu lalang kat kawasan parit ataupun kawasan yang berair.. mesti banyak telur siput yang melekat kat batang pokok. Jadi aku tertanya, budak sekarang taktahu ke cerita lejen pasal telur siput ni? 

No comments: