Monday, 21 July 2014

My NDP weeks at Sunway

Assalamualaikum wahai pemuda-pemudi harapan bangsa yang sedang berpuasa sekarang, saya pun puasa, jadi samalah kita kihkih.

Bila berpuasa, masa terasa macam begitu panjang kan? Jadi marilah kita membuang masa dengan membaca kisah saya sepanjang menjalani Nurture and Development Programme (NDP for short) di Sunway Universiti selama dua minggu. Ayuh teruskan membaca.

Program ni adalah wajib dihadiri setiap tahun oleh pemegang biasiswa, jadi tahun depan saya pergi lagi. Oh, bestnyaaaa -_-
Saya dan kawan-kawan bertolak ke Sunway-Monash Residence hari selasa, lewat sehari sebab program ni bermula hari isnin. Tapi hari isnin tu, saya sepatutnya daftar untuk degree okey, tapi tak dapat daftar so teman Anis jelah pergi daftar. Sebagai seorang rakan sebaya yang baik,  moral support yang aku bagi kat Anis tak pernah berbelah bahagi, muka Anis nampak cuak gila nak sambung degree, lebih-lebih lagi tanpa aku di sisi beliau kahkah (Alamak, kalau Anis baca ni..mati aku)

Aku dan budak-budak ni duk kat tingkat 15, bunyi macam tinggi gila bukan? tapi korang semua bertenang dulu, dengan adanya bantuan lift aku tak perlulah nak panjat tangga sampai tingkat 15. Jangan risau okey wakaka.





Bilik aku betul-betul depan kolam, jadi kalau tengok kat bawah nampaklah segerombolan mat saleh sedang berenang katak dengan gembira dalam tu. Maaf tiada bukti yang membuktikan diorang berenang katak, gila ke apa nak ambik gambar orang berenang sesuka hati huhu.



Pemandangan malam tak begitu menarik, jadi buat-buat tak nampak jelah gambar kat atas tu huhu. Tanpa berlengah masa, ayuh kita beralih kepada kelas pulak. Oleh kerana kelas aku pukul 8 pagi, jadi aku bertolak  dari SMR ke kelas kat Sunway University dalam pukul 7.30 pagi. Berjalan menyelusuri bridge ni makan masa dalam 20 lebih kalau jenis jalan laju macam kilat. Malangnya bagi mereka yang jenis jalan catwalk dan bermain handphone semasa berjalan, perjalanan anda mungkin mengambil masa 30 minit atau lebih. Kalau merangkak, aku tak tahulah makan masa berapa lama. Makan masa seumur hidup kot, oh kelakarnya saya wahaha :')


Kelas aku straight dari pukul 8 pagi hingga 6.15 petang. Kalau lecturer baik, pukul 5 dah balik sebenarnya kahkah. Tapi serius, mengantuk gila kot masa belajar. Dipetik dari kata-kata Irfana " kalau aku mengantuk, aku mesti tengok kat Ipa..dan setiap kali aku tengok kat Ipa, dia mesti tidur" alamak kantoi bhahaha.  Pada waktu malam pulak, aku tak boleh tidur sebab waktu malam adalah waktu yang paling strategik untuk merancang masa depan okey.



Antara matapelajaran yang aku belajar kat sana, English ( writing,reading, speaking), Team dynamics, Stress management, money management, critical thinking dan lain-lain aku dah tak ingat. Yang tak boleh blah, belajar bussiness development..belajar bisness wei, cara nak promote product baru blabla. Budak kelas aku semua blur, sebab takda pun yang ambik bisnes,kebanyakan amik aliran sains (medic,chemistry), dan sorang dua ambik law. Dan empat orang tersesat tetiba ambik Pengajian Islam kat KUIS lol.

Ada lagi, aku belajar komputer. Belajar benda basic, benda yang kita dah tahu sebab tu mengantuk. Subjek computer, Encik Farhan yang ajar (btw, dia sorang lecturer melayu yang ajar kitorang). Encik Farhan dah la hensem, muka macam KJ serius taktipu. Irfana pun cakap macam tu tapi dia dah kahwin la huhu.


Ni untuk subjek critical thinking, siapa yang takleh jawab soalan mudah kat atas tu taktahu lah aku nak cakap macam mana bhahaha.


Ni masa pergi cuci mata kat Sunway Pyramid, antara hobi aneh aku ialah ambik gambar orang yang berkelakuan ganjil dari jauh. Aku terkekeh ketawa dalam hati bila tengok gadis tu posing. Semua orang tengok je kat dia posing depan tu, jadi aku tak ketinggalan merakam saat-saat lucu ini dengan mengambil beberapa keping gambar dari tingkat 2. Nanti bila aku sedih, boleh la aku tatap gambar ni :')




Monash university, memang hari-hari lalu dalam Monash ni. Lalu kat depan ni, mesti ada kerusi meja tersusun,pastu ada makanan atas meja. Kenduri arwah apa la yang diorang buat bulan puasa ni, menguji keimanan betul tapi nasib baik aku seorang yang kuat dan mampu lagi melawan nafsu huhu.


Hobi aneh yang kedua ialah; aku suka kutip kad kecik-kecik macam ni, dan jadikan ia sebagai penanda buku. Comel bukan?



Malam terakhir kat SMR, Irfana dan Zahidah  pergi airport awal sebab flight diorang awal pagi. Tinggallah aku dengan Hani krikkrikkrik kat rumah. Gambar ni ada unsur kesedihan kan? Riak wajah Irfana dan Zahidah macam baru lepas tersingkir dari Akademi Fantasia lol,dah la bawak bagasi segala. Kahkahkah.

Bandar Sunway ni, dah setahun berlalu..tapi tak siap-siap lagi bangunan baru. Makin banyak tapak pembinaan adalah aku tengok. Udara kat sini tak berapa sihat you know, debu-debu halus bebas di udara. Jerebu ke tak jerebu sama je.Kalau bernafas tu..kau bukan hirup gas oksigen sebenarnya tapi kau hidup debu-debu simen dari tapak pembinaan tu lol. Pagi-pagi, dapat ah tengok bangla buat kerja sambil pasang lagu hindustan. Happy gila nampak diorang bekerja sambil dengar lagu kegemaran, aku pulak yang terhibur melihatnya.

ps: maaf gambar tak cantik,gambar dari handphone je..pixel pecah-pecah. Tak sempat nak edit, ni lah masa yang sesuai untuk mengakplikasikan konsep "natural beauty" tanpa mekap dari photoshop bhahaha okey.

1 comment:

Izz said...

part yang merangkak then "oh kelakarnya saya whahaha" tu seyes klako. hahahahahahahahaha