Friday, 13 June 2014

Tutorial : Baiki charger laptop

Assalamualaikum.

Tanpa berlengah masa lagi, aku nak ajar engkorang semua terutamanya wanita ayu kat luar sana cara-cara nak baiki charger laptop :')

Aku belajar cara-cara nak baiki charger laptop ni dari sorang kawan aku masa aku form 5 dulu.
 Nak tahu charger korang rosak ke tak, senang je. First, cucuk charger tu kat laptop korang. Pastikan semua suis telah dibuka, kalu bateri tak masuk tu antara dua la; charger rosak atau pun laptop yang rosak. Tapi kalu korang guna charger orang lain, dan elok je bateri masuk maknanya charger korang rosak la tu hewhew.

Ayuh kita ke first step.

Ni charger aku yang rosak tahun lepas.
First, tengok wayar charger tu dulu. Kalu charger korang gelembung kat plug dia,potong kat situ. Macam aku, wayar dia gelembung kat tempat nak cucuk tu, so aku potong la situ.
Bila korang dah potong tu,korang akan dapati ada dua jenis wayar dalam tu. Yang tengah dah yang kat luar.


Second step, pisahkan dua wayar tersebut.


Third, wayar yang tengah cantumkan dengan yang tengah. (paham tak? hewhew). Sediakan tape, kalau boleh guna tape yang penebat elektrik tu.


Then, balut wayar yang tengah tu dengan tape. Pastikan kedua-dua wayar tu tak bersentuhan ye sebab kawan aku cakap kalu dua wayar tu bersentuhan, letupan boleh berlaku. Aku taktahu betul ke tak, so berwaspadalah :')


Lepas tu balut wayar kedua pulak secara keseluruhan.


Lastly,kemaskan balutan kat charger anda. Kalau anda yakin ia selamat digunakan, maka tanpa teragak-agak bolehlah anda uji dia dengan menggunakannya. Kalu jadi, alhamdulillah kalau tak jadi saya nasihatkan beli laptop baru jelah.
Tapi, aku punya charger kan okey je. Dah setahun aku guna charger aku yang aku baiki sendiri ni, ada kawan aku ni siap pinjam lagi charger aku haha. Even abang aku terkejut tengok aku potong charger ni, serius. Ni aku buang balik sebab nak kemaskan balutan dia. Alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi terjadi litar pintas ke. Alhamdulillah 'ala kulli hal :) Selagi tak rosak teruk, selagi tulah aku guna hehe. 
Kawan cakap aku patut ambik kos engineering, sebab terlebih kreatif (ada unsur puji diri-sendiri kat situ lol). 
Walaupun muka aku tiada ciri-ciri muka orang yang pandai, tapi aku rasa aku ni seorang yang pandai guna otak lah , tengok puji diri-sendiri lagi :') Tapi serius, aku rasa aku mewarisi traits ni dari mak aku weh! Sebab aku rasa bab-bab kitar semula dia memang powerlah. Sebab tu aku suka tengok macam-macam tutorial kat youtube (tutorial make up Michelle Phan pun aku suka tengok hehe :P), sebab benda tu boleh menjana pemikiran kreatif dan inovatif. Boleh rasa neuron-neuron kat otak tu bersambung hehe.

ps: kalau korang try tutorial ni, aku tak bertanggungjawab kalau jadi apa-apa yang tak diingini.

Okay, okay till then. Wassalam.

1 comment:

aiman mania said...

HAAAHAAHAAA...dijamin selamat ke nih?wahhh...bakal engineer ye?bolh cuba nih :)