Thursday, 5 June 2014

Blogwalking

Sebagai seorang blogger,kita haruslah rajin ber-blogwalking uolss! Dalam kita bergembira melakukan aktiviti  harian berblogwalking,mesti ada benda yang kita nak puji,nak kritik kat blog tu kan? Macam aku ni, nampak je aku tinggal mesej acah-acah sweet kat cbox,tapi dalam hati aku menilai design dan cara penulisan kat blog yang aku kunjungi tu kahkahkah.

Based on my observations, kebanyakan belog perempuan warna pink. Memang perempuan ni minat pink eh? Ah,bukan kerja aku nak kaji adakah fitrah perempuan minat pink lol.

Bagi aku,benda paling annoying yang pernah  wujud dalam sejarah blogwalking ialah auto-play background music. Serius. Bayangkan kau tekan link blog tu pastu ada lagu,dahla lagu korea weh aku nak tumpang nyanyi sekali pun tak reti. Kebetulan pulak,kau ni jenis suka blogwalking time nak maghrib. Biasalah,time nak maghrib banyaklah setan-setan blogwalking keluar menghasut kau lol.  Tiba-tiba, azan Maghrib, blog yang kau buka tu dahlah ada lagu merapu. Kalut jugak nak cari button pause lagu tu,last-last terpaksalah mute kan speaker laptop sebab kawan sebelah dah jeling-jeling kat kau ,sambil menunjukkan riak muka " kau dah kenapa pasang lagu time azan,tak reti nak hormat azan ke?" Automatik maruah jatuh menjunam masa tu. Automatik k automatik -_-


Selain auto-play music, smiley merapu kat cbox jugak menjadi masalah kat aku. Bermasalah betul aku ni.
Yelah, aku taip " Singgah sini :D" yang keluar " (icon kereta) (icon gegirl) (smiley ketawa)" dalam hati aku mengatakan "fitnah apakah ini!!" berpada-padalah dalam meletak smiley/icon kat cbox tu.

Okey tu je sesi kutuk-mengutuk. Tak lengkap hidup jika tidak disusuli dengan sesi puji-memuji pulak.
Masa blogwalking, bila aku tengok blog adik-adik yang lebih muda dari aku dan the moment bila blog diorang lagi cantik dan kemas dari aku huwahuwa. Aku memang puji habis-habisan la dalam hati,kecik-kecik dah pandai edit belog hewhew. Ada je blog yang aku selalu view,tapi aku tak follow pun sebab aku ingat aku dah follow sebab aku selalu view blog tu tapi tak follow lagi rupanya. faham eh? Ada setengah blog tu,bila aku tekan butan follow dia keluar error 404. Sabotaj apakah ini? huhu. Aku ni boleh dikategorikan rajin berblogwalking secara senyap,baca lepas tu tekan [x] tapi kalu rajin aku tinggal lah jejak kat cbox haha.
Best jugak baca pasal kehidupan orang lain kan? Nak-nak yang jenis suka travel,aku memang sukalah tengok gambar-gambar pemandangan yang berkualiti tinggi yang diorang post..Kau ni tak, asyik post gambar selfie kualiti cukup-cukup makan pixel pecah pecah aja haha. Okey,jangan terasa aku tak tuju kat sape-sape pun hehe. 

3 comments:

Nur Farahuda said...

alamak, blog huda warna pink, hehe =D .
kadang - kadang memang lagu auto play mmg boleh buat annoying lagi kalau tak ada button pause, memang seriously aku terus tekan pangkah, hehe...... ^_^

Anisyamir Leejo said...

Agreed with you ^^ Anies pun pantang betul kalo ad yg letak lagu rancak plus rock plus bising plus sakit hati ==' Blog Anies pun lagi autoplay jugak hehe Tapi insyaAllah, orang still boleh faham apa maksud lagu tuh

amin amair said...

apasal ko tak suka pink