Sunday, 11 May 2014

We judge

Assalamualaikum.

Pernah tak korang mengalami situasi ini?

Korang dengan bestfriend korang  ni memang anti gila dengan seseorang. Nama dia Markonah (contohnya),dengar nama Si Markonah ni pun, korang dah rasa telinga panas berasap semacam je. Tu belum tengok muka dia lagi,padahal dia bukan buat apa-apa pun kat korang. Part paling menyedihkan, Si Konah ni bukan kenal pun korang sape.Kahkah kesian korang.
Si Markonah ni famous,korang mana ada famous. Si Markonah ni memang ramai la orang kenal,dia pun boleh dikatakan ramai haters (macam retis Markonah ni,ramai haters uols)

Rata-rata yang tak suka Markonah ni,cakap Markonah ni bajet hot..bajet comel,bajet itu bajet ini. Korang sependapat dengan para haters Markonah yang lain (siap ada group FB lagi " Kami anti Markonah") Lulz korang ni.



Setiap kali korang berselisih dengan Markonah kat mana-mana,mesti korang cakap kat kawan korang "Weh,Konah Konda (Nama gelaran yang korang bagi kat Markonah) tu..Bestfriend kau,pergilah kawan dengan dia lolololol"

Bila Markonah pandang je korang,amboi kemain korang jeling. jahatnya korang! kihkikih

Tapi ada suatu hari tu,korang duduk sesorang..tiba-tiba Markonah datang dan duduk tepi korang. Korang kemain mengata dalam hati,"kenapa Konah Konda duduk tepi aku?! "
Mengata dalam hati pun,bila Markonah senyum kat korang,korang balas balik senyuman dia. Lulz korang ni,perangai kampung sangat hew hew.

Tiba-tiba,Markonah tanya nama kau.. Kau macam tersipu-sipu nak bagitau.
Korang pun mula berbual,bercerita itu ini..Masa ni,barulah yang korang tahu Markonah ni tak seteruk yang disangka,dan korang semakin rapat (korang siap leave lagi group "Kami anti Markonah" kat FB" hehe)

The End.

Situasi ni banyak berlaku aku tengok. (part yang buat group anti si fulan si fulan tu takdelah hehe). Kita kemain judge orang..mengata itu,mengata ini. Pastu,dah kenal baru "ooo,macam ni dia rupanya...kesian dia"
Then bila kita dah rapat sikit-sikit dengan orang yang kita tak suka dulu,kawan-kawan kita pun macam ," dulu kemain mengata,sekarang bestfriend..mesti ada udang sebalik batu ni!"

Tapi tulah,jangan cepat nak judge orang lain. Macam aku ni,orang selalu cakap aku ni nampak garang sebelum kenal  aku betul-betul.Kahkahkahkah

9 comments:

Mazni Munawar said...

nice story. dulu pun penah jadi cmni gak. kawan2 kemain kata jgn kawan dengan budak tu sbb perangai dia cam gini lah, itulah. bila saya tengok dia ok je sebenarnya :D tak kenal, maka jgn judge, ye dok? hihi

SS KhayLa said...

betul . dont judge the book by its cover , sy dulu waktu sekolah2 pun macam gtu jugak .. kadang dengan junior . bukan main anti last2 die yang tolong kite :)

Puteri said...

so true !

zakira afina said...

nice sharing akak. kadang-kadang kita sukaaa duk hakimi orang. sepatutnya kita tengok dulu diri kita huhu T.T

islah nafsi balik. thankyouuu share this dengan doodle lawa cun kebabomm hehe :D

Nini Hanini said...

tak kenal maka tak cina ipa op??
mekpa bekeng?? haha..toktaulah aku XD

Nini Hanini said...

ooPs! typo pulak,haha. CINTA ye.

Nini Hanini said...

ooPs! typo pulak,haha. CINTA ye.

Nini Hanini said...

ooPs! typo pulak,haha. CINTA ye.

Izz said...

KONAH KONDA NI LAGI LA LUCU YA ALLAH