Friday, 16 May 2014

Things that WE need to improve

Assalamualaikum.

Hari ni nak update entry yang agak serius sikit hehe :')

Kalau kita perhatikan sekeliling kita,sebenarnya banyak benda yang kita kena improve. Antaranya ialah ;

1- Time Management
Aku tengok masyarakat kita secara umumnya memang dah terbiasa dengan "Janji Melayu" ni. Cakap program start pukul 9.00,tapi pukul 9.30 pun VIP tak nampak batang hidung lagi.Ni lah antara sebab kenapa aku malas nak attend apa-apa program,kan dah ambik masa orang bawahan macam aku ni.
Dan kalau assignment pula.. 3 bulan lepas lecturer bagi,tapi malam sebelum deadline baru kalut nak buat (aku la ni hehe).
Sebagai pelajar juga,agak tidak sopan apabila masuk kelas ketika guru sedang mengajar. Seboleh-bolehnya,datang lebih awal ke kelas..lainlah kalau ada hal yang tak dapat dielakkan.
Use your  24 hours wisely! (cakap kat diri-sendiri kihkih)



2- Rubbish everywhere.
Masalah sampah memang tak akan berkesudahan bila kita duk harap kat mak cik cleaner je. Dan sejujurnya,aku memang respect kat mak cik cleaner..seriously,mereka sanggup nak bersihkan sampah-sampah yang kita buang merata-rata tu.
Sampah merata-rata,dalam dewan kuliah..dalam kelas. We complain a lot,but have no effort to settle our problems. AKu benggang betul,suka hati kau je nak buang sampah merata-rata -_-




3- Smile!
Ni masalah aku,susah sangat nak senyum.Bila berselisish dengan orang lain masa berjalan,jarang aku tengok orang senyum sebab masing-masing duk main phone masa berjalan lol (aku juga termasuk dalam kategori ni -_-)
Dan dilahirkan sebagai seorang yang agak pendiam (pendiam la sangatkan) memang susah bagi aku nak pratice "Smile Always" ni.


Aku ada baca yang senyuman ni menambahkan kecantikan kita,eceh. Tapi serius,nak-nak bila kita senyum nampak gigi atas.
Contohnya,Si Markonah ni..beliau kelihatan lebih cantik bila senyum nampak gigi berbanding beliau masam mencuka ataupun senyum tak iklas.

Inilah antara masalah yang aku,kita dan mereka hadapi. Masalah time management,sampah merata-rata,dan susah nak senyum. Jom ubah,perbaiki diri.Let's make this world a better place :'D

3 comments:

Fhatin Amelia said...

setuju. Masalah tak tepati masa tu yang paling stress =,=

Izzati Amira said...

setuju. hok time management tu slalu gak buat sakit hati,, tp kdg2 diri terleka gak..

hok senyum ni pun sama gak. tp selalunya org senyum kt kita dulu.. then bru kita senyum balik.. kita jenis jalan xtgok org.. heeh

Nini Hanini said...

sakitnyo hati mikir ko huk vip tuh,eiii!! awo la kito ni bowoh dio,eiiiii~~~~sakit hati nih :(