Sunday, 4 May 2014

May 2014; Be Awesome

Assalamualaikum.

Sebab aku nampak ramai yang buat entry pasal bulan Mei ni, aku pun nak buat jugaklah. Barulah nampak aku ni seorang yang up-to-date dan tak ketinggalan zaman  :')


Kalendar buatan sendiri ni uols! Ye, aku tahu tulisan aku buruk, jangan kutuk (bak kata Irfana, tulisan aku kedua terhodoh dalam kelas kategori wanita,sedihnya sobs sobs)
Kalau uols zoom in kalendar bulan April tu, korang akan mendapati  aku pergi pasar malam dua kali dalam seminggu (Sabtu dan Selasa lol)
Alamak! aku telah mendedahkan aktiviti aku pada bulan April yang lepas, bahaya ni hewhew.
Segala assignment or presentation or anything aku akan tulis dalam kalendar ni,senang sikitkan. Gigih gila aku tanda kat kalendar ni tiap hari :')


Aku tanda guna Sharpie. Sengaja ambik gambar marker sharpie ni dari sudut ni, supaya nampak banyak lulz. Ilusi mata semata-mata.


Tada! ni je sebenarnya.. Pen yang warna-warni tu pen Buncho.



Aku susun segala alatan menconteng aku dalam bekas Nutella, eh engkorang kalu ada bekas-bekas terpakai camni jangan buang tau. Simpan, nanti boleh guna buat letak barang.


Haa, macam kotak nestle Koko Crunch ni, jangan buang. Gunting je kotak tu jadi bentuk camni.Kalu rajin balut, balutlah dengan pembalut hadiah. Aku pemalas, sebab tu aku tak balut kihkih. Boleh letak sebarang kertas A4 dalam dia nanti. Tak payah korang bersusah payah cari kotak bunga-bunga nak letak kertas A4, letak dalam ni aje.
Ceh, buku Solusi tu tak menahan. (realitinya nak cover supaya tak nampak kertas yang bersepah dalam tu, alamak! kantoi lagi hewhew)


Korang kalu nak tampal kertas kat dinding,tak payah susah beli double tape ke apa..beli je Tack-It ni, senang.. bila korang lekat dia kat dinding,dia boleh dibuang dan tidak melekit macam tape biasa. Benda ni boleh guna banyak kali uols!

Aku rasa,entry ni tak kena dengan tajuk ni. dah,alang-alang aku dah melalut kelain..biarlah aku teruskan ke-melalut-an ini.


Ni aku tampal depan meja aku, tag nama tu.. Biasa semua orang tahu yang meja bersepah tu milik aku. kahkah
Button "Jauhi Zina" tu aku dapat masa pergi  Street Da'wah kat Uptown Bangi masa semester lepas,sempena Valentine's Day (kalu korang berpeluang untuk join Street Da'wah ni,korang pergi la.. Best,cari pengalaman berdakwah kepada masyarakat). Button "Free Palestine" tu aku beli masa sem 1 dulu rasanya.


Pengetip kuku pun ada jugak. Aku beli kat farmasi masa sem lepas.. saiz untuk kuku bayi, comel je hihihi.. Lepas beli, hari-hari aku ketip kuku. Istiqamah gila aku ketip kuku sebab pengetip kuku baru kan.


Sticky note YPPB,note book masa form 5,mathurat masa Kolej Mara Kulim dulu. Sebelum pergi kelas, pukul 7 ke 7.30 pagi, kitorang kena berkumpul kat dewan, baca mathurat ramai-ramai. Adik-adik yang dapat matrikulasi kat Kolej Mara Kulim tu, pergilah..best! (makanan free uols)


Sticky note YPPB,comel je dalam dia tu. Aku tak pernah guna, comel sangat >< Wait, kenapa aku tiba-tiba acah acah comel ni? lol
Bertungkus lumus aku kemas meja study aku, semata-mata nak ambik gambar barang-barang ni. Kalau tak, memang tak berkemas lah meja aku. Azam bulan Mei katakan. Jap, 1 Mei bersamaan 1 Syaaban wei, kita semakin menghampiri Ramadhan.Yeayy ^_^

So, may this May+Syaaban be awesome to infinity!

4 comments:

Lina Kwon said...

weee banyak nye sharpie!! rindu nak ada banyak sharpie camni T_T

Nini Hanini said...

nok jugok sharpir tu!! mung beli mano weh?? kl ko? hahaha..balas cepat,kalu tok,aku piakk! haha

Nazifa Sakinun said...

hahahaha.ngek mg XD.
Aku beli SHARPIR tu kat kulim,kedah.hok warna metalic (silver gold etc) tu satu set. warna flora (pink oren purple lembut etc etc ) tu pun satu set. Warna biasa merah ,hijau tua and so on tu beli satu2... kat SMO xdop eh sharpie?

Nini Hanini said...

to tahu pulok aku,kalu g SMO,g alik novel jah,hahaha. nanti aku g jerteh,kihkih