Friday, 9 May 2014

Kita dan smartphone

Assalamualaikum people!

Aku percaya,hampir 99% dari kita mempunyai smartphone with dumb battery.
Bila semua orang ada smartphone maka timbullah situasi kat bawah ni :

Kau ni peramah mesra orangnya,semua orang nak tegur. Pada suatu hari,masa kau jejalan sambil hirup oxygen,tetiba kau ternampak kawan kau tengah duduk bersantai sambil garu smartphone diorang. Sebab kau ni peramah,maka kau tegurlah mereka. Tegur-tegur ayam orang cakap.


Tapi sayangnya,teguran kau tu langsung tidak dihiraukan oleh kawan kau,malahan makin khusyuk mereka garu smartphone mereka. Kau pun cuba intailah apa yang diorang tengah buat dengan smartphone diorang tu.
Sorang tengah update status Facebook rupanya,sorang tengah selfie dengan biskut chipsmore pastu upload gambar selfie tersebut dalam Instagram dengan hashtag #FoodPorn #TillJannah. Kau  hilang arah apa kaitan  #TillJannah tu dengan biskut.



kau terkedu dengan sikap mereka yang tidak menghiraukan kau,lalu kau berpaling dari mereka dan tinggalkan mereka. dalam hati,menahan air mata. Ewah ayat aku :')


kau berjalan keseorangan,dan keluarkan telefon bimbit kau yang berjenama Cokia. Lalu kau terfikir,kenapa orang sekarang terlalu sayangkan phone mereka? 24 jam smartphone ditangan,sedangkan kau kredit pun jarang top-up.Lol

Aku pun macam tu jugak,mengadap telefon aje. Tapi,lama-lama aku sedar..bila aku tengok orang sekeliling aku,makan pun main telefon. Setiap masa nak selfie,tiap tempat nak ambil gambar semata-mata nak upload dalam Instagram. Kadang-kadang,gambar makanan pun nak ambik -_-

Aku pernah tegur orang yang tiap masa nak bergambar, aku cakap macam ni.." bukan setiap masa kita boleh ambik gambar,kadang-kadang kita perlu letak telefon kita..dan..nikmati kehidupan sekarang,gambar tu lain kali boleh ambik" 

Dia senyap,dia paham ke tak..aku pun tak tahu.

I just wonder, how our next generations will survive when everybody is busy with their virtual world.

And now, I'm trying to put my phone aside,enjoying my life.

2 comments:

Puteri said...

pandainya akak lukis doodle (y) cantikk

Nazifa Sakinun said...

jangan pujı..malu xD hahahs