Thursday, 1 May 2014

Good Deeds: Ada orang tolong bayarkan

Assalamualaikum.

Gigih betul aku hari ni,dua entry dalam masa satu hari fuh!

Meh sini,meh sini..aku ada cerita,cerita ori punya ni.Peristiwa ni baru saja berlaku tengahari tadi.

Tengahari tadi,gigih betul aku dengan kawan aku sorang ni berjalan bawah terik matahari demi mencari sesuap nasi. Sedih betul,orang lain semua balik kampung..tinggallah aku dua tiga orang kat bilik ni krik krik kelaparan sebab cafe bawah tu mana buka. Hari kan cuti umum sempena hari pekerja uols! jangan buat-buat lupa. Ngahaha


Aku dengan kawan aku,Dalilah (walaupun korang tak kenal,aku mention je la nama dia) berjalan kaki ke Bandar Seri Putera, 5 minit je dari KUIS. Kitorang makan kat Nia Cafe,malas nak jalan jauh..dahlah panas, cair habis mekap iols :')

Sekadar gambar hiasan,penambah seri xD

Aku dengan Dalilah ambik nasi pastu ambik lauk ayam biasa-biasa je,pastu jus epal segelas sorang.
Pastu,lepas siap makan..masa nak bayar tu,Cashier kat Nia Cafe tu cakap yang makanan kitorang dah ada orang bayar! Aku dengan Dalilah masa tu terpinga-pinga (konon tak percaya ada stranger tolong bayarkan)

Aku tanya cashier tu,berapa harga makanan kitorang..dia cakap dalam RM10 lebih macam tu lah. Iols terharu gilaaa! Jimat duit,student la katakan ehem ehem.

Kepada stranger yang tolong bayarkan makanan tadi,
jika anda terbaca entry ni..dan anda rasa anda ada belanja dua orang gadis jelita (LOL) kat Nia Cafe,Bandar Seri Putra, Bangi hari ni..mungkin saya dan kawan sayalah gadis tersebut. :')
Terima kasih banyak banyak banyak sebab tolong bayarkan,may Allah bless you and your family here and hereafter. Jazzakallah!

Sebenarnya,banyak kebaikan yang berlaku dikeliling kita..tapi sebab kita terlalu sibuk mencari keburukan, sehingga kebaikan tersebut lesap begitu sahaja.

Adakah situasi yang saya alami ini pernah berlaku kepada anda? ataupun ada apa-apa kebaikan yang telah anda alami/ saksikan? Jom kongsikan! Bersama kita, jadikan bumi ini tempat yang lebih selamat untuk dihuni! (acah acah tagline gittew)

3 comments:

Nini Hanini said...

peminat rahsia? auwwww!!

Nazifa Sakinun said...

ngek mg..bukan lah..org hok tolong bayar tu kahwin dah rasanya,,

Nazifa Sakinun said...

hahahaha..saya taknak menaruh harapan..puipui :P