Saturday, 10 May 2014

Berita : Umat Islam malas membaca?

Kuala Lumpur, 10 Mei 2104 - Kami kru dari Berita Hairan telah berjaya menemubual dua wanita yang kami temubual secara rawak di sekitar Kuala Lumpur bagi menyiasat kenyataan yang mengatakan umat Islam malas membaca.

Siti Markonah, seorang wanita yang kami temubual secara rawak di hadapan KLCC.

Wartawan : Cik,apa pendapat Cik tentang umat Islam yang dikatakan malas membaca?
Cik Markonah : Hihihi (ketawa gedik) ni masuk surat khabar ke? hihihii..saya rasa..membaca tu penting!

Wartawan: Bagus Cik Markonah,adakah Cik Markonah suka membaca?
Cik Markonah: Saya...saya ..saya suka baca status kat Facebook je.Baca buku saya kurang sikit hihihi (control ayu)

Wartawan : Terima kasih Cik Markonah kerana sudi ditemubual (tak puas hati dengan jawapan)
Cik Markonah : Tak apa,janji gambar saya diedit cantik-cantik dalam surat khabar tu nanti.

Cik Markonah,21 (gambar) semasa ditemubual dihadapan KLCC petang semalam.


Kerana kurang berpuas hati dengan jawapan Cik Markonah, kami terus mencari seorang lagi wanita untuk ditemubual.Kali ini,kami berada dihadapan Kedai Buku MPH di Midvalley.
Dan,kami telah berjaya menemui seorang wanita,iaitu Cik Saminah,yang baru sahaja keluar dari Kedai Buku MPH sambil menjijit beg plastik yang penuh dengan buku.

Wartawan: Apa pendapat Cik Saminah tentang kenyataan yang mengatakan Umat Islam malas membaca?
Cik Saminah : Ish Encik Wartawan ni,mestilah kenyataan tu salah. Umat Islam suka membaca,Saya yakin itu! tengoklah saya sebagai bukti.

Wartawan : Alhamdulillah,wanita seperti Cik Saminah lah yang kita perlukan,suka membaca. (tersenyum lebar)
Cik Saminah : Ehem semestinya,dan saya menyarankan semua remaja diluar sana supaya membaca banyak buku terutamanya buku yang tebal-tebal.

Cik Saminah,19 ,pelajar di sebuah IPT menunjukkan simbol "Peace" sebagai tanda dia amat gemar  membaca.
Wartawan: Cik Saminah suka baca buku genre apa,boleh saya tahu?
Cik Saminah : ohhh,saya suka baca sesuatu yang memcabar minda dan membuatkan kita berfikir..saya memang suka lah hehehe.

Wartawan: Boleh saya tengok buku apa yang Cik Saminah baru beli?
Cik Saminah : Boleh!Jeng jeng jeng!

Buku Cik Saminah (dikatakan buku bestseller)
Wartawan : Ni novel Cik Saminah..mana buku ilmiah?
Cik Saminah: Novel pun bukan buku jugak eh? dan majalah Mastika sangat mencabar saya dan membuatkan saya berfikir hihihihi (cuba untuk lari)

Berdasarkan temubual kami bersama dua wanita di dua lokasi berlainan,sememangnya umat Islam kurang minat membaca dan apabila mereka membaca,mereka akan membaca sesuatu yang tidak berfaedah. Hampeh betoii!

4 comments:

Nadzirah Salahuddin said...

erk. terasa jap sebab memang selalu beli buku-buku kurang berilmiah pun. ngehngeh~
salam perkenalan =)

Nazifa Sakinun said...

hahahah..lepas ni kena beli buku berilmiah la :'D

Hafiza AizZawa said...

Terase jugak.. hehe.. sbb minat baca komik.. pantang npk komik..

Izzati Amira said...

hahah. comel.
kita pun baru start haritu baca buku hok tebal2 punya.. omputeh punya.. mencabar gitu..

lawanya doodle.. hehe..