Saturday, 26 April 2014

Lotus Feet (Foot binding)

Assalamualaikum.

Pernah dengar tak pasal Lotus Feet ni? Tak pernah dengar? Meh sini,meh sini,aku nak bagitau ni! :D
Lotus Feet ni tradisi masyarakat Cina pada dinasti China dulu-dulu,sekarang dah tak ada dah yang amal tradisi ni kot.
Lotus Feet aka foot Binding ni hanya untuk kaum wanita,dimana ia menggambarkan kecantikan dan elegan.
Dan wanita yang mempunyai Lotus Feet ni biasanya akan diambil menjadi calon isteri kerana dipercayai mereka akan menjadi isteri yang baik. Lol
Proses mem-binding kaki ni biasanya bermula apabila kanak-kanak perempuan  berumur antara dua tahun hingga lima tahun (masa umur dua hingga lima tahun kan tulang-belulang masih lembut dan senang dibentuk).
Proses ini biasanya dilakukan masa musim sejuk,kerana masa tu kaki akan rasa kebas,dan kesakitan yang akan dialami oleh kanak-kanak tersebut akan berkurang sedikit.Ouch!
Proses melipat kaki jadi Lotus Feet ni biasanya dilakukan oleh pakarnya,dan jarang sekali dilakukan oleh ibu kanak-kanak tersebut sendiri,mana ada ibu sanggup nak lipat kaki anak dia kot! dah la sakit hukhuk


Xray kaki diorang sangat menyeramkan err. Damn creepy =_=



Bagi wanita yang mempunyai Lotus feet ni,mereka ada kasut khas.Comel kasut je kasut diorang,tapi menyeramkan.Lol


Kebanyakan mereka yang ada Lotus Feet ni,kaki mereka mempunyai bau yang busuk..mana taknya kaki berlipat-lipat macam tu sejak dari kecil..bakteria pun mula membiak di tempat yang lembap. Kita yang pakai stokin seharian pun dah busuk kaki,apatah la diorang.Kesiankan? Dan mungkin ada kes,tapi segelintir je kot yang meninggal sebab jangkitan kuman kat kaki.


Itulah, kalau dulu-dulu..kaum wanita terpaksa buat Lotus feet ni (Lelaki zaman tu taknak kahwin dengan wanita yang tak buat Lotus Feet),tapi zaman sekarang? sanggup seksa diri untuk nampak cantik. Sayangilah diri sendiri,apa yang Tuhan cipta tu dah elok semua,tak payah nak ubah.


Nak tahu lebih lanjut pasal Lotus Feet ni? Google lah! :D

4 comments:

Nini Hanini said...

ya Allah,mano mg jupo nih,seriau aku tenggookk..eiii!!!

Nazifa Sakinun said...

nini : hahaha..masa kelas english sem lepas.comey keaaa :3

Nini Hanini said...

biar dok pun..tak rela aku XD

Nurulee said...

ee pernah tengok documentary pasal foot binding ni.
haihhh seramnya tengok. hahaha.