Saturday, 26 April 2014

Cerita mistik; Nasi menangis

Assalamualaikum wahai penggemar cerita mistik sekalian!

Mari sini aku nak cerita sikit,based on true story  punya cerita. Tiada tokok tambah apatah lagi mitos dan kisah dongeng!
Ini cerita original lah,tiada cetak rompak.Confirm!

Pernah tak masa engkorang muda-muda dulu,korang dah tak larat nak habiskan nasi,dan berniat nak buang nasi tersebut.Pastu tetiba,nenek atau ibu korang (atau sesiapa sajalah yang lebih tua dari korang) bagitau jangan buang nasi tu,nanti dia menangis.
Lepas dengar macam tu,korang pun makanlah jugak nasi tu sebab takut nasi tu menangiskan?(tak pun pura-pura makan,lepas tu pergi buang belakang rumah lulz)


Ayuhlah dengar cerita mistik dari aku pasal nasi menangis ni (diulangi lagi based on true story , dah rasa seram lettew muahahah)

Cerita ni pasal kawan aku punya kakak.

Pada suatu hari...(ececece)
Rumah kawan aku punya kakak ni buat kenduri (kenduri apa aku pun taktahu,jangan tanya!)

Petang tu,lepas siap semua kenduri,ada kerak nasi lebih kat kawah..Jadi,dia rendam lah kerak tu bagi lembut,senang nak basuh kawah tu nanti.

Pastu,malam tu.. tetiba kakak dia (dan sekeluarga ,suami anak anak etc)  terdengar suara orang menangis (aku taktahu pukul berapa dia dengar tu)
Oh,btw kawan aku punya kakak tu ada sixth sense (deria keenam,sejak kecil lagi dia boleh nampak benda ghaib ni.) 
Keluarga kawan aku ni,ayah dia ustaz..boleh rawat orang guna perubatan islam,abang dia dengan kakak dia yang ni ada sixth sense sejak kecil.

Lepas dengar suara orang menangis tu,dia carilah dari mana datang suara tu..cari punya cari..jumpa lah,rupanya suara tu datang dari kawah nasi tu,tapi takde orang pun. Dengar suara menangis je.

Kakak kawan aku ni pun call ayah dia kat kampung,ayah dia cakap nasi yang menangis. Ayah dia suruh kakak dia ambik sikit nasi tu,basuh bagi bersih dan makan supaya nasi tu dah tak merajuk. Kakak dia ikut arahan ayah dia,dan lepas tu dah tak kedengaran suara menangis. Waallahu'alam.

So,kesimpulannya:
Jangan membazir! Cakap orang tua ni banyak betulnya..tapi kita je yang suka mempermainkan nasihat mereka. Kadang-kadang,kita ni tak bersyukur..makanan tak sedap sikit dah nak merengek.Heh
Seingat aku,ada sahabat Rasulullah SAW bila ditanya apa yang dia paling dia sukai.. Cuba teka dia jawab apa? Dia jawab benda yang dia paling sukai ialah lapar dan sakit. Semua orang hairan apabila dia jawab macam tu. Bila ditanya kenapa,dia bagitau bahawasanya lapar dan sakit tu nikmat,sebab dengan lapar dan sakit itu dia lebih mengingati Allah. T.T

tapi makanan yang best macam ni,ada ke  yang sanggup buang?
*masa tengah taip entry ni,tetiba ada orang menjerit..terperanjat iols,macam tahu je aku tengah taip benda mistik.lol

4 comments:

Dreamland said...

sushi !!!!!!!! mmm, betul tu. jangan la membazir, patutnya tunjuk tanda bersyukur dengan melicinkan pinggan..ngee

Niena Reen said...

Adoii takut pulak dengarnya.. Itulah, baik ambil sikit dulu nasik kalau nak lagi tambah sikit lagi.. Jadi tak lah membazir..

Nazifa Sakinun said...

Dreamland : betul tu! jangan membazir,bila makan tu..licinkan pinggan..kalu boleh makan pinggan tu sekali..lololol :P

Niena Reen: seramkan? betullah cakap orang tua dulu-dulu nasik menangis bila buang dia :(

Lina Kwon said...

sedapnye!! :'D

xo
http://nothingmuchbutyeah.blogspot.com/2014/04/ke-korea-ke-kita.html