Friday, 18 April 2014

Buku

Assalamualaikum wahai ulat-ulat buku dan warga Malaysia yang suka membaca sekalian!
Apa khabar? Hari ni engkorang semua dah baca berapa buah buku?

Hari tu,aku pergi Pustaka Mukmin,ala yang dekat kawasan Sogo tu pergi cari buku Bahasa Kebangsaan dengan buku Tatabahasa Dewan. Mahal gila,nasib baik ada bauncer buku 1 Malaysia,kalu tak memang aku tak belilah.ehem ehem

 Alang-alang tu,aku ada beli buku ni..Tada!
(Lepas beli tu,terus upadate kat Goodreads,bajet gila woi!)


1- Hidup Penuh Erti (Hilal Asyraf,Aiman Azlan) ; Well,aku memang dah lama cari buku ni,macam best je kan..tambah-tambah Aiman Azlan yang tulis. Woi,dia dah kahwin la.Sobsob Astagfirullah *betulkan niat*

2-Ulu Yam di Liverpool (Nazali Noor);buku ni pun best jugak,aku pernah nampak kakak angkat aku,Fynn Jamal promote kat insta dia.eh

Aku ni  up-to-date la kekonon beli Buku Fixi,well sekarang ni mana ada dah orang yang baca novel melayu romantik kan? Ke ada lagi orang yang baca? Mana mana? aku nak bash sikit.ceh

Lepas ni,aku boleh la dengan bergaya cerita kat kengkawan pasal buku Fixi ni kan? bila diorang blur taktau apa  buku Fixi ni,aku bolehla berlagak macam-tahu-semua then cerita kat diorang kelebihan buku Fixi ni ye idok?

Mengejar Ajal tu bukan dari Buku Fixi,tapi cerita dia ada style buku Fixi aku rasa.
Aku baru baca Katarsis,well not bad,tapi susah sikit nak faham sebab penulis dia tu Indon..dan ending dia tak best..entah apa-apa.

Pinjam.Koyak,Siong tu,aku belum baca lagi..taktahu tahap mana ke-best-an dia tu.Tetapi kawan-kawan aku yang dah baca cakap Pinjam tu best. Oh,Koyak tu trilogi rupanya. Buku first dia tak ingat tajuk apa,kedua Koyak,ketiga taktahu tajuk apa.

Siong kawan aku cakap seram,tapi aku rasa semua cerita tu seram ala ala physco thriller gitu. lol

Bila la aku nak habis baca buku ni semua,sem 3 ni makin sibuk kot T-T
(Buku yang beli kat Big Bad Wolf hari tu pun tak habis baca lagi sobsob)

No comments: