Friday, 27 December 2013

Kembali ke sekolah

Masihkah anda ingat? 

Menjelang musim kembali ke sekolah,
Masa ni,para ibu sekalian duk sibuk cari kain untuk buat tudung,baju dan kain sekolah.

Si kakak sibuk tolong adik-adik tulis nama kat buku teks,tulis nama kat buku latihan.
Sibuk tolong balut buku.Semangat!

Hari first sekolah,pukul 5 pagi dah bangun,kononnya azam tahun baru.
Muka ceria je,konon rindu nak belajar setelah cuti lama.
Dua minggu lepas tu,pukul 7 tak bangun-bangun lagi.

Hari first sekolah,semua pelajar nampak suci je.
Baju baru,beg baru,kasut baru, iPad baru, girlfriend baru.Eh

Kebiasaanya,dalam kekalutan ibu menyediakan peralatan sekolah,para bapa relaks je,sempat bersimpuh depan tv tengok bola.
Prinsip para bapa di Malaysia," Keep calm and just go to school laa"

Hari first sekolah,kena pergi awal..sebab nak cop meja.
Ada yang nak duduk kat depan (budak skema)
Ada yang nak duduk bawah kipas ( budak gemuk ,asyik panas je)
Ada yang nak duduk tepi tingkap ( jenis jiwang,kaki usha makwe/pakwe)
Ada yang nak duduk belakang sekali ( golongan budak nakal dan bising) 

Yang datang lewat tu,nasib ler duduk kat mana.

Aku rindu zaman persekolahan dulu.


Masa zaman sekolah rendah dulu, siapa yang ada liquid paper,stapler dan gunting dikira hebat.
Sebab, semua peralatan tu budak sekolah menengah je yang guna.Lulz

Dan,gam yang harga 20 sen tu..Memang legend.

Guna kotak pensel besi tu,bila buka ada dua tingkat.Haha
Tingkat bawah letak benda yang tak guna,atau benda yang disayangi macam pensel baru ke,pemadan baru.
Tingkat atas letak benda yang biasa guna.Susun elok-elok.
Kalau susun pensel,susun ikut ketinggian.Haha,kanak-kanak katakan.

Sekarang ni,bila dah masuk universiti..bawa pen sebatang je pergi kelas.Tu pun terpaksa.
Tapi,henset benda wajib bawak!

Adios.

No comments: