Saturday, 28 December 2013

Doodle Me & My Buddies By Cik Nini



Selama ni,aku tak pernah join apa-apa segmen ke,GA ke yang dianjurkan oleh mana-mana blogger.
Aku ni pemalas orangnya k,pemalas..Lagipun,aku mana kisah benda-benda macan ni,sibuk study wei,assignment berlambak.Konon la -_-
Ni sebab Cik Nini buat segmen ni,aku rasa nak join.Lagipun,dia kawan aku kot,haha .Satu sekolah lagi. Cehs. Tapi aku terpaksalah buat-buat tak ingat Nini ni kawan aku,takut berlaku bias pulak. Bajet haha.

Segmen "Doodle Me & My Buddies By Cik Nini"
~Cik Nini & Buddies~ 

Cara nak menyertai segmen ini adalah :
1. Follow Blog Cik Nini.
2. Buat satu entry yang bertajuk,"Doodle Me & My Buddies By Cik Nini".
3. Sertakan bersama satu gambar korang dengan kawan-kawan korang (^-^)v.
4. Dibawahnya,ceritakan tentang persahabatan korang dengan cara yang paling kreatif yang korang boleh buat.
Segmen berlansung dari 16/12/2013 - 31/12/2013
Throwback 2012.



Dulu,masa form 5,aku tinggal kat asrama.
Semua budak-budak dorm aku masa tu budak form 5,sebelum bilik kena bubal balik.Lepas kena bubal tu,ada la 5 ke 6 orang budak form 1 masuk bilik aku.
Masa tu,aku jadi ketua bilik.
Disebabkan aku ni ketua bilik yang paling berkaliber ,bilik aku tiap-tiap hari dinobatkan sebagai bilik paling kotor bagi aras 3.Dan aku bangga,sebab bilik aku paling femes..Paling banyak buat masalah.
Biasalah,jadi senior kan masa tu,taiko la konon :P

Kami sangat anti dengan para exco asrama,dan kapten aspuri tu dah la budak kelas aku, bestfriend masa form 3 pulak.Tapi,okey je dalam kelas.
Ada satu malam tu,perjumpaan semua aspuri..Sampai nangis-nangis kitorang,macam kena histeria la pulak sebab lawan cakap exco masa tu.Bantah peraturan baru konon. Konon nak jadi heroin Malaya.

Segala peraturan yang ditetapkan di asrama semua kami cuba langgar lari.Eh

Peraturan Solat 5 waktu berjemaah kat surau, langsung kami tak endah.Selamba je solat dalam bilik.Taiko lettew solat dalam bilik.

Peraturan jangan bawak henset, selamba je kami bawa,dan aku rasa kebanyakan senior lain pun bawak.Siap bawak laptop dengan broadband lagi uolss.

Peraturan wajib turun prep malam, ni lagi la.Walaupun nak SPM,tapi tak sedar diri.Kalau exco atau warden datang check,kami masuk dalam lokar.Gelap + sempit + panas wuu duduk dalam loker.Kami rela duduk dalam tu sejam lebih,demi taknak turun study.

Ustazah Shamsiah,warden asrama,dah la ajar aku subjek Syariah Islamiah.Dia memang kenal la muka aku.

Dan pernah,aku dan kawan aku,Rabiatul kena tangkap  basah  oleh warden sebab nak keluar melalui pagar belakang senyap-senyap.Sebab hari tu hari jumaat,dan ada pasar minggu dekat Kuala Besut.
Tapi,masa kena tangkap tu,Ustazah cakap aku curi-curi keluar nak pergi dating -_-
Aku difitnah,sedangkan boypren pun aku takde.Forever alone lulz.

Paling aku tak boleh nak lupa,aku dan budak-budak ni senyap senyap keluar pergi Lata Belatan dengan abang angkat salah seorang kawan aku. Teruk gila perangai aku masa tu (macam sosial gila bunyinya) . -_-
Siap aku dengan Nadhrah lemas lagi kat Lata Belatan tu. Dah la masa tu satu paper lagi tak ambik, paper Quran Sunnah.
Kalu ingat balik,oh banggangnya aku.Haha

Teringat,waktu kami pergi kelas pukul 8 sebab bangun lambat.
waktu kami kena tangkap ponteng kelas malam.
waktu-waktu kami bersuka dan berduka bersama.

..dan banyak lagi kisah banggang dalam persahabatan kami.

Dan,sekarang masing-masing menuju haluan berbeza.
Belek gambar dulu-dulu dalam laptop,bisa membuatkan aku tersenyum kambing sesorang diri. (cee,ayat dia)

Sekian.

2 comments:

Nini Hanini said...

Thanks sudi join segmen Cik Nini,kih3
Lawok kut gmbar tuh..hoho

Nazifa Sakinun said...

kenangan tu babe..haha :P