Sunday, 8 December 2013

Big Bad Wolf Books Fair.


Sape-sape yang belum pergi lagi kat Big Bad Wolf Books Fair ni, boleh la serbu The Mines kat Serdang tu kalu sempat ye  :)

[7 December/Sabturday]

Pergi Big Bad Wolf Books Fair sekali dengan  Anis, Irfana dan dua tiga empat orang lagi budak KUIS.
Naik KTM kat Bangi dalam pukul 3, balik  lepas maghrib, lewat gila balik KUIS -__-
(pengajaran : kalu nak pergi mana-mana, haruslah pergi awal pagi,baru boleh balik awal)

Sampai-sampai tu,kalut cari hall kat The Mines, macam rusa baru masuk kampung .
Maklumlah,titew kampung girl, tak pernah pergi shopping mall . wkwk


Bak hang,ramai gila orang. Tengok dari atas, macam semut. Cute je , geram nak pijak haa.
Siapa yang gila buku memang menangis haru-biru la tengok buku-buku kat sini. (aku menangis dalam senyap je)
Jealous aku tengok orang lain, siap bawak bagasi besar gedabak lagi nak borong buku.
Ramai yang duk pikul kotak penuh dengan buku laa..
Jadi,aku dengan Anis pun tak ketinggalan ambik kotak,konon nak beli banyak buku.Bajet 50 hinggit je.hewhew

Dapat feeling-feeling macam ibu mengandung pulak,duk bawak kotak ni ke hulur ke hilir.

Meroyan kejap aku duk kat books fair ni,tengok novel English murah gila. 
Kalau kat kedai buku biasa, RM 30 keatas, kat sini dapat RM 8 je. 
Gosh. 


Dan perhatian, kepada yang suka sup ayam.. buku Chicken Soup For The Soul hanyalah RM 10 kat sini!
Aku beli kat Popular KB Mall hari tu RM 49.90 !



Amboi, Chicken Soup ni.. Kalau aku baca kat kawasan awam, mesti orang bajet aku gatai nak kawen ni.

Banyak buku yang aku berkira-kira nak beli,tapi,ehem..bajet RM 50 je >.<


bila la aku ada peluang nak beli mereka ni.

Ouh,buku Melayu dengan buku agama pun ada,tapi sikit je la..dan,aku tak beli pun buku melayu(sebab,buku melayu murah je kalu kat kedai biasa pun)hahah
Novel melayu kat sini pun terlalu mainstream,asyik-asyik pasal cinta,tak selera aku nak baca .
Eh



Ada juga buku yang pelik-pelik aku jumpa .Macam ni,


Haissh, Jaa asyik duk tu tunjuk buku ni je kat aku -..-

Dan ada buku yang menarik minat aku,

ya, buku Justin Bieber, walaupun sekarang aku dah tak minat sangat tapi, yeah, you know.
He's my first love (ececece) bajet :P
Betul la kata orang tua-tua, cinta pertama sukar dilupakan . Uhuks


Serious, aku memang nak beli buku kat atas ni. Mana tahu aku nak buat thesis pasal perbezaan agama ke nanti masa degree. Haha
Tapi, aku faham kehidupan sekeliling aku, belum bersedia, belum terbuka minda untuk semua itu.
(nanti fikir pelik-pelik pulak kat aku, malas nak bagitahu apa yang pelik,fikirlah sendiri).

No comments: