Sunday, 8 December 2013

Big Bad Wolf Books Fair. #2

Aku beli enam bijik..bijik ke? ke buah.. KFine, enam buah buku. (Tatabahasa berkarat lulz)
Harga semua tak sampai RM 50, semuanya RM 49. huhu

1. Sup ayam. eh, Chicken Soup  for the soul ( For the young at heart)


Ni haa.. Sepuluh hinggit jeww! Harga sebenar RM 49.90 kot.
( Chicken Soup yang dulu pun tak habis lagi baca,mengada beli yang lain :P)

2. Ghostgirl, Homecoming

Aku beli sebab kulit dia comel dan menarik . Masa ni aku memang abaikan pepatah, " Don't judge a book by it's cover" hagaga
RM 8 je, kalau harga asal tak tahu la berapa.
Bila buka,dalam tu comel kot haa..



3.Before the Storm

Yang ni memang menarik,pasal ibu dan anak.Takde ah pasal cintan-cintun euww segala tu. RM 8 je, harga sebenar mungkin RM 30 ke atas kot.

4. Dork Diaries, volume 1

Walaupun umur aku sudah menjangkau 70 tahun, tapi aku ni jiwa muda haa. Err
Aku dah pernah baca buku ni sebenarnya, tapi tak habis ar, sebab tu aku beli.
Ala-ala diary bergambar gitu. Ecehh
RM 10, harga kat Popular KB Mall hari tu RM 30 keatas. Phew.

5.Mind Games 

RM 8, saja je aku beli buku ni.Ada sudoku,puzzle, cross word and word search dalam tu.
Nanti nak pergi jalan mana-mana naik KTM, boleh la aku buat .
Nampak macam genius sikit kan kalu buat benda ni dalam KTM,nanti semua pakcik-pakcik,makcik-makcik pandang aku,sambil dalam hati duk puji," bertuahnya mak ayah budak ni, rajin je study dalam KTM"

6.The sayings of Shakespeare


Sebenarnya, ni buku tulis biasa je, (tajuk bukan main glamour gitu).
Nampak macam bijak sikit kalau catat nota dalam ni. Eh.
Di setiap helaian tu,ada la kata-kata Coconut  William Shakespare tu. Harga, RM 5 je.

Dah buku yang aku beli,yang ni buku yang Jaa belanja.
Sebab dia asyik ikut aku pilih buku,aku suruh dia belanja buku sebijik.
Be The Miracle, aku pilih sendiri ni.
Macam Chicken Soup, ada 50 cerita pendek.
Macam magic je nampak buku ni.
BTW, warna dia cantik kan?(sekali lagi, mengabaikan pepatah "Don't judge a book by it's cover") haha


Sampai rumah tu, terus balut buku. Sayangnya titew kat buku-buku. Eceh


Tak sabar nak bawak balik kampung,nak susun kat rak.( baca tak lagi :P)
Kumpul buku banyak-banyak,buka pustaka kat kampung. Nak masuk bayar! kihkih

Tertanya-tanya pulak, siapa la nak baca lepas aku siap baca.
Sebab buku english,hmm hmm hmm. Adik aku mana baca buku english ni. Kalau baca pun, baca komik (When I was a Kid), aku pun turut baca . Best ape komik.

Oh, lepas borong buku kat books fair tu, jalan-jalan kejap kat The Mines.
Cuci mata,ohoi! meriah The Mines..( nak dekat Hari Natal,lagi lah)
Masa nak solat Maghrib tu, jumpa kawan sekolah kat surau . Guess who? Syahirah Satar! budak USIM.
Dia pergi books fair jugak. Oh,alangkah kecik nya dunia.


Hoho. Bajet bajet jet jet posing macam tu sambil pegang seplastik buku-buku . 



Patung nenek kebayan ni memang mintak penampar ah (aku dah angkat tangan nak tampar nenek ni,tapi memikirkan beliau ni warga emas, tak jadi nak tampar)
Memang  terkezut ah masa mula-mula tengok.
Ingat betul . Serious seram,grr. Kena troll.
Bersama-samalah kita membudayakan budaya membaca,kasi terbuka sikit minda . Kurangkan budaya membaca status yang kurang bermanfaat di mukabuku.

Nota kaki : siapa-siapa yang tinggal kat Selangor atau kawasan sekitar,yang ada masa terluang, boleh la pergi books fair tu ye.. sampai 15 december kat The Mines ,Serdang. Buka 24 jam. =)

No comments: