Monday, 8 July 2013

Outward Bound School, Lumut




we do not remember days,we remember moments
First day (Ahad) | 16 June 2013 
Kitorang sampai kat Outward Bound School,Lumut dalam pukul 3 lebih rasanya. Perjalanan dari Sunway Monash Resident ke OBS memakan masa dalam tiga atau empat jam lebih jugaklah.
Pemegang biasiswa second intake batch seramai 42 orang dan dibahagikan kepada 3 watch (macam group la)
Tiga watch which is; Watch Bubu,Watch Kinabalu, Watch Tahan.
Aku watch Bubu dan instructornya ialah Abang Daus.
Serah semua henset,beg duit,barang-barang berharga kat instructor masing-masing. Kamera je boleh pegang sendiri.

2st day | 17 June 2013

Pukul 6.30 pagi, pagi-pagi buta dah kena bersenam. Kitorang jogging kat kawasan sekitar tu. Jauh gila kot, semput aku dibuatnya --'
Lepas jogging, aku jalan terhuyung-hayang macam mabuk laut, pening tambah lagi perut kosong.

Dalam pukul 9 pagi, ada aktiviti air, nama aktiviti dia Rafting apa entah. Tak ingat pulak gua.

Kami diberi 20 utas tali, 5 tong drum biru tu dan 8 batang PVC kalu tak silap. Lepas tu, kita ditugaskan untuk reka dan bina rakit guna semua barang yang diberi. Dia bagi masa 40 minit untuk siapkan rakit tersebut.
Lepas rakit tu siap, kami bawak dan naik rakit tu kat tengah laut! Can you imagine, 14 orang atas rakit yang tak cukup sifat kat tengah laut?
Aku membayangkan rakit ni karam macam titanic sebelum naik (kuat berimaginasi lol)
Walaupun kitorang paling lambat siap, dan designnya yang agak lain dari yang lain.Tapi kitorang yang paling awal sampai balik kat pantai (haruslah menyelitkan unsur bangga diri disitu)

Petang tu, kami ada mini land expedition. Masuk hutan gitu-gitu guna kompas dan bearing, cari huruf kat setiap check point..ada 14 checkpoint dan bila dah jumpa semua huruf, maka terbentuklah 1 perkataan; RESPONSIBILITY.


Dalam hati aku,"senang je land expedition ni,taklah mencabar seperti yang digembar-gemburkan haha"
Lepas jumpa semua checkpoint, Abang Daus tanya, "macam mana tadi? okey? kalu kamu rasa tadi susah, esok 100% lagi susah"
Yelah Abang Daus, tak percayalah. Wait and see esok :P

Hari ke3 | 18 june 2013


Macam kena dera,sorang-sorang kena bawak satu bag pack,satu tent sheet, satu geleng air. Berat nak mati, aku rasa macam bawak diri sendiri atas belakang aku,t ambah-tambah geleng air kat tangan. Aku bawak buang separuh air dalam geleng tu,tapi masih berat --'
Aku bajet aku takkan minum air dalam tu, sebab geleng air tu agak kotor. Tengok-tengok bila sampai kat tengah, tak cukup pulak air.
Menyesal sejuta kali aku pergi buang air dalam geleng tu, haa jangan sombong sangat! Padam muka.
Kami masuk hutan guna bearing dan kompas.. this is no joke!


Muka ceria dan gembira sebelum jungle trekking.


Baru 100 meter jalan, rasa nak tercabut tulang belakang nasib baik tak jatuh terus koma beberapa bulan kat tengah jalan je.

di peak yang kedua!

berhenti lunch kat tepi sungai..


Sepanjang trekking,berbilion pacat kami jumpa. Serius, dari yang besar hinggalah yang sekecil-kecil pacat. Yang baru menetas dari telur pun ada hehe.
Di setiap jalan, ada pacat. Well,aku kena gigit pacat tiga ekor weh! trauma serta-merta T.T

perhentian terakhir (pondok cendol  abang Daus cakap)
Pondok cendol yang diuar-uarkan oleh abang daus.

"Sikit je lagi! kat depan tu ada kedai cendol"

kami: "Betul ke ni? *muka hairan berbaur excited*

Macan tak logik la kan,takkan kat tengah,tengah, tengah hutan ada kedai lol.

"Betul!"

"Tapi takde duit la abang daus"

"Takpe, nanti abang belanja,korang pegi cepat-cepat.. tempah dulu" (tempah tu aku tak tahan)

Kami lari keriangan, demi nak makan cendol. Beg yang berat tadi dah terasa beratnya.

Sampai-sampai je, ada pondok je. Abang Daus tipu kami rupanya. Kenapa? Kenapa? T_T
Takpe la, pembakar semangat kan.

Watch kami yang first sampai, dan ada satu watch tu sesat. Lost contact dalam hutan haha.Tengok-tengok, diorang naik van pergi campsite. Ungtunglaaaaa!

Kami mendaki tiga bukit hari tu.. unbelievable! dengan beg seberat diri sendiri.
Hampir 8 jam dalam hutan,bergelumang dengan pacat lagi. Tak kira lagi dengan jurang-jurang yang mencabar kesabaran.
Dalam perjalanan ,kami terjumpa swimming pool babi. Aku lupa pulak nak ambik gambar untuk tatapan korang kahkah.


Setelah 8 jam dalam hutan, tiba jugak di campsite kat Teluk Batik, segala kepenatan pergi begitu sahaja :')
Kami memulakan ekspedisi dalam pukul 8.30 pagi,sampai pkul 4.45 kot. Lama tu,lama.

Sampai campsite, berehat kejap sambil mengeluh bertapa letihnya hidup ini, eh. Lepas tu baru bina khemah.




Inilah tempat tidur kami malam ni. Okey boys and girls, masa untuk memasak!


telur masin,terlebih garam.

Masak guna kayu api weh! Cari sendiri kat kawasan campsite tu. Back to basic.



Macam happy family pulak makan ramai-ramai macam ni. :')


Yuhu, ayuh bergembira. Mana aku dalam gambar ni? Tak nampak haha.

Berat weh geleng air ni,berat!

Malam tu,kitorang main permainan BuayaBiawak. Lepas tu, ada sesi refleksi dengan abang Daus. Kiranya,bagi konklusi apa yang kita dapat dari aktiviti Jungle Trekking selama 8 jam tu. Dan apa yang kami dapat ialah:
"Bila kita sudah berada diatas,jangan lupa untuk pandang kebawah :) "
Betul, masa kami dah sampai kat puncak tu memang rasa dah malas nak turun. Nak duduk kat situ je, sampai Abang Daus kena paksa kitorang teruskan perjalanan haha.

1 comment:

Hayyikaz Idiaz said...

Brape kilo berat hang turun?? hahaha missing u..