Friday, 29 March 2013

National Service :)

Sebelum SPM,berdebar-debar..tak ready lagi la.study sikit je baru *ayat yang selalu telinga aku dengar~
Masa SPM,err..no comment :3
Lepas SPM,yeayyy! merdekaaaaa!merdekaaaaaa! *merdeka la sangat..ohh..tak ingat..National Service aka Program Latihan Khidmat Negara Menunggu~

Hari first,second and third PLKN,muka budak-budak ni ketat je..homesick! hahaha..anak manja..tak pernah tinggal rumah lettew~ *sesetengah je la..aku dah biasa duk asrama jadi tak rasa sangat la *alasan :P

Dua tiga minggu kat PLKN..dah kenal hati budi masing-masing..mula la dapat feeling,'you are my bestfriend forever'..tak sedar PLKN tu hanya 3 bulan..err..sorry..2 bulan lebih je untuk kumpulan 1 siri 10 :3
so,kumpulan 2 and 3,u all dont jeles-jeles :P

Seminggu sebelum tamat PLKN err..graduated from PLKN i mean,'ehh,kita dah nak balik..sedih arr nak tinggalkan korang"
fenomena sedih nak tinggal kawan berlanjutan hingga la hari last..

Hari last (hari graduasi :3) Majlis perasmian penutup..cehh..raptai 2-3 kali sampai nak tercabut kaki aku berdiri lama-lama kat padang kawad..well,masa bendera PLKN diturunkan,diiringi dengan music yang haru biru serta lagu Bahtera Merdeka yang dinyanyikan oleh orang kampung aku,err Siti Nurhaliza *cehh panjang pulak huraian pasal background music ni..
tak dinafikan,kebanyakan pelatih wira dan wirawati..err..sorry..pelatih wirawati saja,ada yang mengalirkan air mata darah *hiperbola sebab sedih la nak tinggal kem..tinggal kawan-kawan..tinggal makwe*bagi wira
dan tinggal pakwe*bagi wirawati ..hahaha :P yang paling penting,sedih nak tinggal KJ and abang TKL (skandal aku tu :P)

Malam last..sape yang lupa malam last ni memang ar..dalam banyak-banyak benda kat PLKN,malam ni last paling aku ingat..Pasal persembahan tu,memang ak salute abes ar..*tak tau nak cakap ape pasal persembahan tu..hahaha
lepas abes semua tu,last sekali majlis bersalaman..feeling macam hari raya la pulak~*menyesal tak bawak pelita :3
memang tak dinafikan,majoriti mengalirkan air mata..tapi aku tak nangis pom..kenapa? sebab aku berjiwa kental~
bersalaman dengan cikgu-cikgu..ohh..Cikgu Along yang siap bawak anak lagi ..tak nak bagi para pelatih lupa anak dia yang comel lettew~hahaha
One of my friends said,"aku takut nak berpisah dengan korang,aku takut aku tak dapat jumpa korang lagi"
sebab aku tak tahu nak cakap ape,aku pom cakap macam ni,"facebook kan ada"*nak tenangkan hati dia
well,aku tau..berjumpa di alam maya tak sama dengan alam realiti,tapi it's better than kita lost contact terus..right? err..sorry..no right,no wrong but something to notice..ahakss!
budak dorm teratai warden;cg Lili
majoriti,sebelum pergi PLKN akan cakap "PLKN tak best la,PLKN hodoh la*tiba-tiba"
lepas pergi,tak nak balik pulak..hahaha..gediks~*diri-sendiri terasa
seperti kata pepatah,"datang menangis,balik pom menangis"

kat PLKN,aku belajar,of course la pasal perpaduan kan? tak terlintas pom dalam kepala otak aku yang aku akan berkawan dengan chinesse and indians :)
Mereka itu sangat sporting..sangat baik dan sangat cantik :)

No comments: