Saturday, 30 March 2013

bila lelaki memasak..

Siang tadi,aku dan abang aku,ditinggalkan..di rumah tanpa sebijik nasi dalam periuk..tatkala semua orang dalam rumah aku pergi kenduri..macam biasala,orang kampung aku,time cuti sekolah ni la..gediks nak kahwin la..nak beranak la..nak naik rumah baru la..time cuti sekolah ni la..
and then,sebab lapar yang teramat sangat..*rela ak berlapar dari masak nasik..dasar pemalas..jujur..aku tak boleh dibuat menantu..mak cik-makcik yang sedang baca blog ni,sila keluakan saya dari list "calon menantu" anda :3
Tiba-tiba,abang aku keluarkan nugget dari peti sejuk..dalam hati,"bijak jugak abang aku ni"
abang aku terus panaskan minyak..aku tengok je..ehem..bukan aku malas la,tapi nak bagi dia rasa cam mana mak aku bertungkus-lumus masak untuk dia..err..masak untuk keluarga selama ni..*alasan seorang pemalas
Dia pom terus goreng nugget tu..tak sampai 2 minit,dia pom tanya aku,"ipa yang comel,dah masak ke ni?"
aku terus jawab,"dah masak la tu" *tak tengok pom kat nugget dalam kuali tu
dia angkat,dan tos kan ..Letak dalam pinggan..sebab lapar sangat,aku pom terus makan..kunyahan pertama,kedua dan ketiga..tak rasa lagi pelik..dah nak kenyang tu..tiba-tiba.."kenapa nugget ni lembik?kulit dia pom macam tak masak lagi"
ahha..dah agak..aku makan nugget mentah aka nugget celup minyak..
tu la,bila lelaki memasak..err..menggoreng..dapat makan nugget celup minyak free-free je..


2 comments:

Yeng Ying said...

wehhh sayangku ipaa :) follow belogg aku dess :P

Ct Hajar ♫ said...

woi abg mu x buka api ke masok????

vangang nyee...bhahahaha :P