Wednesday, 26 April 2017

Anak muda ke Pattani part I

No comments:
Assalamualaikum and hai!

Alhamdulillah dapat BRIM lambat, jadi dapatlah aku berfoya-foya menghabiskan duit BRIM ke Pattani. Aku pergi ke sana satu bas dengan orang kampung aku di bawah program Ziarah Dakwah ke bumi Pattani, Thailand anjuran Pejabat Agama Islam Jajahan Pasir Puteh. Allahu, cuti-cuti join program dakwah gaiss. Tapi, muka ni muka nak pergi berjalan je, bukan nak pergi berdakwah sangat pun haha.

sumber: google ajeeee
Gigih sangat pergi ke pejabat imigresen kat Kota Bharu semata-mata nak buat Border Pass ke Thailand. Bayaran RM 10 untuk ambik gambar passport, dan RM 10 lagi bayar masa ni ambik buku biru ni (rujuk gambar kat bawah). Kira RM 20 la semua tidak termasuk minyak dan makan hee. Border Pass ni hanya dibenarkan di wilayah Satun, Songkhla, Pattani, Yala, dan Narathiwat. Lebih daripada 5 wilayah ni, kena guna passport antarabangsa. Border Pass ni hanya sah dalam tempoh setahun dan hanya boleh dipohon oleh rakyat yang tinggal di negeri yang bersempadan dengan Thailand sahaja.

sumber: google
21 April 2017 (Jumaat)

Kami bertolak ke Pattani menaiki bas  pada pukul 9 pagi dan tiba di Kompleks Imigresen Rantau Panjang sekitar pukul 12 tengahari. Kami melalui beberapa prosedur sebelum meninggalkan Malaysia (ceh, macam jauh je nak pergi) dan sebelum masuk ke bumi Thailand. Kami dikehendaki mengisi 2 keping (rujuk gambar kat bawah). Sebagai orang muda yang bertanggungjawab, aku menjadi tukang isi borang makcik-makcik. Harap kisah Nazifa mengisi borang makcik-makcik ini menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk menolong orang tua di dalam kesusahan #syoksendiri :')

sumber: google
Agak lama kami berada di Kompleks Imigresen Rantau Panjang kerana beberapa prosedur, di samping faktor ramainya orang di sana. Bila dah masuk sempadan Thailand, line telefon pun beransur hilang. Aku cuba menahan diri daripada tertidur, kat luar negara ni kot! Aku set dalam minda, kena manfaat masa ni untuk tengok negara orang. Tapi menghampakan betul, last-last tertidur jugak.

Masa berjalan dan kami melalui Narathiwat menuju ke Pattani. Kami tiba di Pattani, spesifiknya di rumah Ustaz Ramli dalam pukul 4 petang Malaysia. Oh ya, masa kat Thailand lewat satu jam dari Malaysia. Ustaz Ramli merupakan ustaz jemputan dari Thailand, biasa bulan Ramadhan pun dia jadi imam kat masjid kampung aku. Pihak Ustaz Ramli menyediakan makanan tengahari di rumah mereka. Masa tengah makan tu, hebat lebat turun. Inilah yang dikatakan "hujan lebat di negara orang, tak hujan-hujan di negara sendiri". Kampung aku panas terik kot, tak hujan-hujan haha. Selepas makan, kami solat asar dan zohor jamak ta'khir dan terus berangkat ke destinasi seterusnya.

Seterusnya, kami singgah di tempat di mana ulama di sekitar Selatan Thailand selalu berkumpul, iaitu di  The Ulama Council Of Fatoni Darussalam Foundation. Di belakangnya, terdapat telaga  Sheikh Daud Al-Fathoni yang dikatakan tidak pernah kering sejak ratusan tahun walaupun pada musim kemarau. Di kawasan sekitar bangunan The Ulama Council Of Fatoni Darussalam Foundation, terdapat pondok yang masih dalam proses pembinaan. Juga dikatakan, kawasan tersebut akan dibina satu masjid yang besar.

The Ulama Council Of Fatoni Darussalam Foundation


Teragak-agak nak ambik gambar ni, takut telefon jatuh  dalam telaga :')
Selepas itu, kami singgah di Masjid Kerisik. Masjid ini usianya mencecah hampir 500 tahun. Di masjid ini, pernah berlaku peristiwa bersejarah yang berdarah iaitu... tekan la sendiri kat link tu haha. Panjang pulak nak cerita. Masjid ini masjid dijadikan masjid untuk solat berjemaah, cuma strukturnya tidak dibaiki bagi mengekalkan elemen sejarahnya dan mengenangkan kisahnya yang pernah dibakar beberapa kali oleh tentera Thailand. Masjid ini biasanya menjadi tempat wajib untuk dilawati oleh orang Islam apabila berkunjung ke Pattani.

Wajah terkini Masjid Kerisik selepas beberapa kali peristiwa pembakarannya
sumber gambar: google

Senibina asal Masjid Kerisik sebelum dibakar. Yang segi empat banyak-banyak tu tempat orang mengaji.

Selepas singgah di Masjid Kerisik, kami berangkat ke tempat penginapan kami di resort (tak tahu nama apa) di wilayah Songkhla dan tiba dalam pukul 8.30 waktu Thailand. Chalet yang kami duduki merupakan chalet kecik cenonet dua tingkat yang mempunyai dua bilik dan satu bilik air dan boleh memuatkan 5-7 orang dalam satu masa. Kaum tua tidur di bilik bawah yang ada aircond, kaum muda tidur di bilik atas, ada kipas ja haha. Chalet ini juga dilengkapi dengan tv, hadap jelah tengok cerita pasal gajah dalam bahasa Siam :')

Tadaa! Chalet kecik cenonet. Comel je :')
Ingatkan dah sampai chalet dah boleh tidur, malangnya ada aktiviti lagi. Aktiviti seterusnya ialah... BBQ di tepi pantai! Tarik balik perkataan malang tadi, bab makan kena penuh semangat! Aku memang dah aim udang sotong je, sampai berebut dengan pakcik-pakcik haha. Sedap betul sos pencicah dia (60 baht, siap tengok tag harga tu hoho). Aku ingat nanti kalau jumpa kat Hat Yai nak beli tapi tak jumpa pun #AnakMudaKecewa :(

Pandang sebelah mata je, sebab dah ada udang sotong. Maafkan kite awaa :(
Selepas BBQ, kami ke kembali ke chalet kami, dan kembara mimpi pun bermula... bersambung di bahagian kedua. Stay tuned! (dah macam rancangan tv dah)

Sunday, 26 March 2017

Random

No comments:
Assalamualaikum & hai.

Ya Allah, hambarnya menulis blog di siang hari, Sebenarnya aku saja nak test keyboard notebook aku ni haa. Hari tu rosak, ni sihat sejahtera pulak. Kemain aku menaip assignment macam siput guna On-Screen Keyboard. Nasib baik aku ni anak muda yang tabah, tak mengalir air mata pun masa menaip assignment tu, cumanya ada la sorang dua jadi mangsa tempat aku melepaskan amarah. Banyak kot post aku tergendala disebabkan keyboard rosak, geram pulak ittew. Semester ni aku banyak menjelajah Malaysia, jadi aku ingat nak mengabadikan kenangan dalam blog. Tengok-tengok keyboard rosak. Nok maroooh seroooo. Gambar-gambar pun entah kemana dah, jadi malas dah aku nak cari balik gambar semata-mata nak post kat blog. Macam garang pulak ayat aku, ni la susah takde emoji :')

Aku tengah final exam ni, mereput dalam bilik je acah-acah study. Keluar bilik masa ada exam je, patutlah aku rasa kehidupan aku kosong je. In dorm, there's no wisdom gittew. Aduh cepatlah habis final aku nak balik rumah ni, nak tukar baucer BRIM kepada duit. Nasib baik dapat BRIM lambat, boleh aku berlagak kaya depan adik-adik aku nanti. 

Okay okay, I. REALLY. NEED. TO. STUDY. NOW.



Btw, anime Naruto Shippuden officially dah tamat gaiss. Sempat jugaklah tengok Naruto dengan Hinata kahwin haha #NaruHina #IShipThem. Ok dah. Bye